‘Saya mahu tukar seluruh pasukan’

‘Saya mahu tukar seluruh pasukan’

REAKSI Erik ten Hag ketika menonton pertemuan Manchester United menentang Brentford dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di London semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Berang Manchester United dimalukan 4-0 oleh Brentford dalam aksi Liga Perdana Inggeris semalam, Erik ten Hag berkata, jika boleh dia mahu menukar semua pemain yang beraksi pada babak pertama perlawanan itu.

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo antara yang mengisi kesebelasan utama Red ­Devils, yang tampak tidak bermaya sepanjang separuh masa pertama hingga memaksa Ten Hag melakukan tiga pertukaran memasuki separuh masa kedua.

“Saya buat tiga pertukaran tetapi saya sepatutnya tukar seluruh pasukan.

“Kita semua lihat perlawanan ini dan saya fikir Brentford lebih dahagakan kemenangan. Anda boleh mempunyai rancangan yang baik tetapi kami terpaksa meletakkan rancangan itu ke tong sampah,” kata pengendali dari Belanda itu.

CRISTIANO Ronaldo jelas kecewa selepas Manchester United dibolosi oleh Brentford dalam aksi Liga Perdana Inggeris di London. – AFP

Ini adalah kekalahan kedua berturut-turut buat United pada musim baharu liga selepas dimalukan 1-2 oleh Brighton di laman sendiri minggu lalu.

Ten Hag, 52, berkata, United perlu diperkuat dengan pemain-pemain lebih berkualiti dan menuntut pemilik kelab, keluar­ga Glazer melakukan sesuatu dalam jendela perpindahan pemain yang akan ditutup pada 1 September ini.

“Ia mengarut, dan teruk sekali. Kami perlu standard lebih tinggi daripada itu, ia jelas sekali.

“Dalam tempoh 35 minit dan dibolosi empat gol. Itu tidak sepatutnya berlaku.

“Anda perlu bertanggungjawab di atas padang. Sebagai satu pasukan dan individu, itu lah perkara yang kami tidak ­lakukan hari ini.

“Apa yang saya minta ialah bermain dengan keyakinan serta bertanggungjawab di atas persembahan mereka,” kata Ten Hag.

Kesilapan David De Gea membuka jaringan pertama Brentford menerusi Josh Dasilva pada minit ke-10.

Tiga lagi jaringan tuan ­­rumah dihasilkan oleh Mathias Jensen pada minit ke-18), diikuti Ben Mee (m-30) serta Bryan Mbeumo (m-35). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya