Sarawak United berisiko terlepas Piala Malaysia

Sarawak United berisiko terlepas Piala Malaysia

KEGAGALAN Sarawak United melunaskan isu tunggakan gaji mungkin menyebabkan pasukan itu tidak dibenarkan beraksi dalam Piala Malaysia tahun ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sarawak Uni­ted berdepan ancaman digugurkan daripada Piala Malaysia jika gagal melunaskan gaji pasukan yang tertunggak empat bulan dalam tempoh 14 hari dari sekarang.

Perkara itu diputuskan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah semalam.

MFL juga mengambil tindakan segera, menyalurkan RM100,000 kepada kelab bagi meringankan beban pemain dan pegawai yang terjejas.

“MFL memandang serius isu tunggakan gaji melibatkan Sarawak United dan mengarahkan pasukan itu menyelesaikan masalah tersebut dalam tempoh 14 hari berkuatkuasa hari ini.

“Seandainya gagal berbuat demikian, tindakan susulan akan diambil di mana kemungkinan slot bertanding dalam Piala Malaysia tahun ini tidak akan ­diberikan,” kata MFL semalam.

Menurut MFL, selepas me­nerima laporan daripada Persa­tuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), mereka sebulat suara bersetuju memotong dana hak penyiaran Sarawak United bernilai RM100,000 bagi disalurkan kepada pemain dan pegawai.

“Pembayaran kepada pemain Sarawak United yang terlibat akan disalurkan oleh PFAM,” kata MFL.

Sebelas daripada 12 pasukan Liga Super akan melayakkan diri ke Piala Malaysia.

Ketika ini Sarawak menghuni tangga ke-11 dengan 14 mata, hasil 11 kekalahan daripada 17 perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN