Rekod 'cantik' lama sendiri tak jamin kemenangan Penyu

Rekod ‘cantik’ lama sendiri tak jamin kemenangan Penyu

PEMAIN Terengganu menjalani latihan akhir semalam menjelang pertemuan Piala FA menentang Selangor malam ini. - IHSAN TERENGGANU FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Rekod cemerlang di tempat sendiri musim ini tidak menjadikan Terengganu FC (TFC) sebagai pasukan pilihan menjelang aksi separuh akhir Piala FA bertemu Selangor, malam ini.

Jurulatihnya, Mohd. Nafuzi Zain berkata, kedua-dua pasukan memiliki peluang seimbang walaupun TFC belum pernah tewas di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dengan tujuh kemenangan dan dua kali seri.

Menurut pengendali berusia 44 tahun itu, Selangor merupakan pasukan yang serba lengkap di semua posisi serta pemain berkualiti diketuai gandingan penyerang, Herlison Caion dan Henrique Hyuri.

KELIBAT Herlison Caion (kanan) amat digeruni Terengganu apabila menentang Selangor pada separuh akhir Piala FA malam ini.

“Belum kalah di laman sendiri bukan bermaksud TFC kebal atau sudah menjamin kemenangan sebaliknya apa yang penting bagaimana kami melakukan persiapan dan peluang masih 50-50.

“Prestasi Selangor juga semakin baik dan semua boleh lihat kualiti mereka mampu menjaringkan gol melalui semua posisi. Jadi bukan mudah untuk TFC walaupun beraksi di tempat sendiri.

“Namun pemain-pemain saya bersedia untuk menghadiahkan kemenangan kepada penyokong dan ini adalah peluang terbaik TFC melangkah ke final,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dalam perkembangan sama, Nafuzi berkata, TFC akan mempertaruhkan barisan terkuat dengan hampir kesemua pemain utama kembali daripada senarai kecederaan dan masalah kesihatan.

“Saya harap pemain dapat menterjemah aksi terbaik untuk mencipta peluang dan memperkemaskan tindakan penyudah dalam aksi genting ini,” tambah beliau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya