PSM berusaha tawar ‘stadium terbaik’ untuk Piala FA

PSM berusaha tawar ‘stadium terbaik’ untuk Piala FA

KEADAAN padang yang menjejaskan aksi kelayakan Piala Asia 2023, Jun lalu dikhuatiri berulang pada final Liga Piala FA di antara Terengganu FC menentang JDT, 10 September in
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keputusan Stadium ­Nasional, Bukit Jalil (SNBJ) menjadi venue final Piala FA 2022 pada 10 September ini dibuat atas kepenti­ngan nasional.

Walaupun berdepan ‘ancaman’ keadaan padang belum pulih sepenuhnya, selain kebanjiran pengunjung kerana ada dua acara lain berlangsung serentak, namun SNBJ tetap di­lihat sebagai pilihan terbaik yang ada.

Terengganu FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) sendiri bersetuju menggunakan SNBJ sebagai gelanggang me­rebut kejuaraan edisi ke-32 Piala FA.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Faidz Sanusi berkata, selepas tamat kempen Kelayakan Piala Asia 2023 Kumpulan E, Jun lalu, padang SNBJ memang tidak digunakan.

FAIDZ SANUSI

“Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) membawa cadangan menggunakan SNBJ ke pengetahuan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu untuk persetujuan.

“Secara prinsipnya, Menteri tidak setuju, kerana kita (PSM) dalam proses nak naik taraf dan tukar padang.

“Menteri memaklumkan kalau keadaan padang tidak capai tahap terbaik, perlulah cari lokasi lain, namun atas kepen­tingan nasional, SNBJ dipersetujui menjadi venue Piala FA 2022,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia semalam.

Katanya, PSM juga telah memaklumkan kepada MFL,  JDT serta TFC untuk datang sendiri untuk melihat kondisi bukan sahaja padang tetapi fasiliti lain.

“Kerja-kerja naik taraf termasuklah, tandas, bumbung dan surau sedang dijalankan, inilah yang sedia ada dapat ditawarkan PSM.

“Mereka perlu membuat penilaian dan bersetuju dengan SNBJ,” ujarnya.

DELEGASI Terengganu FC dan JDT bersama MFL melakukan pemeriksaan padang di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 12 Ogos lalu. – IHSAN MFL

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam memaklumkan pihaknya amat peka dan prihatin dengan isu kesesakan yang dijangka berlaku di sekitar stadium pada final Piala FA.

“Kami akan kongsikan segala maklumat dan perancangan dari segi pengangkutan awam, aliran trafik, keselamatan, kawasan parkir dan sebagainya bagi kemudahan penyokong-penyokong yang hadir selepas kami mengadakan mesyuarat dengan semua agensi terlibat, termasuk PSM pada Isnin depan,” jelasnya.

Isu padang di SNBJ mendapat perhatian pada pertembungan Harimau Malaya menentang Bahrain menyaksikan padang ditakungi air sebelum sepak mula berlangsung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya