PM ucap tahniah kepada Aaron dan Wooi Yik

PM ucap tahniah kepada Aaron dan Wooi Yik

KEJAYAAN Aaron Chia-Soh Wooi Yik muncul juara dunia turut mendapat perhatian pada pembentangan Bajet 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada pasangan beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang mencipta sejarah merangkul gelaran dunia sebentar tadi.

Perdana Menteri berkata, kejayaan itu merupakan sejarah baharu buat sukan badminton negara dan ia merupakan hadiah yang cukup bermakna buat negara sempena Hari Kebangsaan 2022.

“Satu lakaran sejarah baharu buat sukan badminton negara. Tahniah Aaron dan Wooi Yik kerana muncul sebagai pemain badminton negara yang pertama memenangi Kejohanan Badminton Dunia 2022.

“Ini merupakan hadiah yang cukup bermakna buat negara sempena Hari Kebangsaan 2022,” kata Perdana Menteri dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini.

PERDANA Menteri mengucapkan tahniah kepada Aaron dan Wooi Yik atas kejayaan merangkul gelaran dunia

Dalam aksi di Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun, sebentar tadi, Aaron dan Wooi Yik berjaya menumpaskan pasangan veteren Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan 21-19, 21-14 dalam masa 40 minit-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya