Penyu mara ke final Piala FA, bertemu JDT

Penyu mara ke final Piala FA, bertemu JDT

PENJAGA gol Selangor FC, Samuel Jacob Somerville menampan keluar bola percubaan pemain Terengganu FC (TFC) pada perlawanan separuh akhir Piala FA 2022 di Stadium Sultan mizan Zainal Abidin, malam ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) mara ke final Piala FA buat kali pertama sejak 2011 apabila mengalahkan Selangor 4-2 menerusi sepakan penalti setelah seri 1-1 dalam aksi separuh akhir di Stadium Sultan Zainal Abidin di sini sebentar tadi.

Penjaga gol, Rahadiazli Rahalim muncul wira Sang Penyu menyelamatkan dua sepakan penalti Selangor sekaligus memastikan TFC membuat perhitungan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) di final.

TFC bermula positif dengan mula menguji pelawat pada minit ke-18 menerusi Kipre Tchetche sebelum hantaran Mohd. Faiz Nasir nyaris ditolak oleh Yazan Al-Arab ke dalam gol sendiri pada minit ke-22.

PEMAIN Terengganu FC (TFC), Mohamad Faisal Abdul Halim (dua, kiri) meraikan jaringan gol bersama rakan pasukan ketika bertemu Selangor FC pada perlawanan separuh akhir Piala FA 2022 di Stadium Sultan mizan Zainal Abidin, malam ini. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI

Pemain kelahiran Kuala Terengganu, Nor Hakim Hassan kemudian mengejutkan TFC pada minit ke-24 apabila menyambar umpanan Quentin Cheng untuk meletakkan Selangor satu gol di depan.

Jaringan itu tidak menyentap semangat TFC yang hadir menerusi voli Manuel Ott (m-38) disusuli sepakan gunting Tchetche namun sekadar mengegar palang gol Selangor pada minit ke-42.

Gol penyamaan dicari-cari TFC akhirnya menjelma tiga minit selepas rehat melalui gerakan solo Faisal Abdul Halim yang melepasi tiga pemain sebelum melakukan sepakan menewaskan Sam Somerville.

TFC hampir mendahului namun tolakan Tchetche dari jarak dekat ditepis keluar sebelum pemain kelahiran Ivory Coast itu dikeluarkan akibat kecederaan pada minit ke-66.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dengan Faisal memiliki peluang terbaik pada minit ke-82 malangnya kedudukan 1-1 kekal memaksa permainan diheret ke masa tambahan.

Penjaga go TFC, Rahadiazli Rahalim menyelamatkan Sang Penyu apabila menafikan sekurang-kurang dua percubaan tepat Selangor sebelum masa tambahan tamat.

Penentuan penalti memihak TFC apabila Rahadiazli cemerlang menafikan dua sepakan Selangor sebelum Shahrulnizam Roshasni menyudahkan sepakannya untuk kemenangan 4-2 buat tuan rumah.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya