Nunez dan Salah selamatkan maruah Liverpool

Nunez dan Salah selamatkan maruah Liverpool

Mohamed Salah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Gandingan penyerang baharu Liverpool, Darwin Nunez dan Mohamed Salah menyelamatkan maruah pasukan dari kekalahan pada penampilan sulung saingan Liga Perdana Inggeris 2022/23.

Ketinggalan dua kali tidak mematahkan semangat The Reds yang bangkit menyamakan kedudukan hasil jaringan Nunez dan Salah untuk kedua-dua pasukan berkongsi satu mata pada aksi yang berlangsung di Stadium Craven Cottage semalam.

Walaupun pelawat dilihat lebih banyak mengawal permainan namun gawang mereka yang dikawal Alisson Becker bocor pada minit ke-32 menerusi tandukan penyerang tuan rumah, Aleksandar Mitrovic dan kelebihan satu gol itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, Jurgen Klopp melakukan beberapa pertukaran dengan membawa masuk Nunez untuk menambahkan sengat pasukan dalam usaha memburu gol.

Kemasukan penyerang itu ternyata membawa impak apabila dia tidak menunggu lama untuk mencatatkan nama selaku penjaring gol pasukan pada minit ke-64 untuk menyamakan kedudukan 1-1.

Fulham sekali berada didepan selepas dihadiahkan sepakan penalti ekoran kekasaran dilakukan benteng Liverpool, Virgil Van Dijk ke atas Mitrovic.

Mitrovic yang ditugaskan mengambil sepakan tidak berdepan masalah menewaskan menjaringkan gol kedua buat pasukan dan juga peribadi minit ke-71.

Berbaki 10 minit terakhir Salah memastikan pasukan tidak pulang dengan tangan kosong apabila menjaringkan gol kedua dan keputusan 2-2 itu kekal sehinggalah tamat masa perlawanan.–UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya