Nidzam gagal bawa Selangor raih kemenangan

Nidzam gagal bawa Selangor raih kemenangan

BEK tengah Terengganu FC, Azalinullah Alias (tengah) diapit dua pemain Selangor, Brendan Gan (kanan) dan Herlison Caion dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam ini. - IHSAN SELANGOR FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penampilan sulung Mohd. Nidzam Jamil selaku Ketua jurulatih sementara Selangor FC berakhir dengan kekalahan 0-2 kepada Terengganu FC dalam aksi Liga Super, sebentar tadi.

Kekalahan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu menyaksikan Red Giants terus gagal menumpaskan skuad Penyu sejak Mac 2019.

Nidzam yang mengambil alih Selangor daripada Michael Feichtenbeiner sepatutnya boleh tersenyum pada minit keempat, namun Mukhairi Ajmal yang memiliki peluang menjaringkan gol ketika hanya berdepan Suhaimi Husin gagal meletakkan bola ke gawang.

Gol perlawanan yang dinantikan akhirnya muncul, namun memihak pasukan pelawat menerusi rembatan  dari luar kotak penalti yang dilakukan Habib Haroon pada minit ke-13, menewaskan Samuel Somerville.

Pemain import pelawat, Manuel Ott memastikan kelebihan dua jaringan menjadi milik pasukannya selepas menyempurnakan hantaran rakan sepasukan, Faisal Halim untuk gol kedua Terengganu pada minit ke-39.

Selangor berpeluang merapatkan jurang, namun sepakan percuma Yazan Mousa dari luar kotak penalti pada masa kecederaan separuh masa pertama mudah dinafikan Suhaimi.

Memasuki babak kedua, Selangor dilihat garang melancarkan serangan memburu gol pada awal permainan, namun kekentalan benteng pelawat memastikan gawang tidak dibocori.

Mukhairi sekali lagi berpeluang menjaringkan gol pada minit ke-67, namun kali ini Pape Diakite menjadi penghalang ketika Suhaimi sudah berjaya ditewaskan.

Pemain gantian tuan rumah, Shahrel Fikri akhirnya berjaya meletakkan bola dalam gawang Terengganu pada minit ke-85 namun jaringan berkenaan dibatalkan selepas bekas pemain Perak itu berada dalam posisi ofsaid.

Walaupun Merah Kuning cuba mendapatkan gol, namun keputusan 2-0 itu kekal sehinggalah tamat masa perlawanan untuk memastikan mereka meraih 23 mata hasil tujuh kemenangan, dua seri dan enam kekalahan.

Bagi tuan rumah pula mereka terus berada di kedudukan kesembilan dengan empat kemenangan, empat seri dan enam kekalahan.

Sementara itu, Sarawak United FC gagal memanfaatkan peluang beraksi dilaman sendiri selepas diikat seri tanpa jaringan menentang Petaling Jaya City FC pada aksi di Stadium Negeri Kuching. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya