Malaysia, Thailand gagal temui jaringan

Malaysia, Thailand gagal temui jaringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad bawah 19 tahun negara (B-19) memulakan Kejohanan Bola Sepak Antarabangsa Thanh Nien B-19 ke-4 2022 memulakan aksi sulung dengan keputusan seri tanpa jaringan berdepan Thailand, sebentar tadi.

Berlangsung di Stadium Binh Duong, Vietnam, anak didik Hassan Sazali Waras mempamerkan corak permainan berhati-hati berbanding lawan yang agresif mengasak sebaik perlawanan bermula.

Tekanan berterusan skuad Gajah Muda memastikan barisan pemain Harimau Muda terus bertahan dengan hanya sesekali melancarkan serangan balas memburu gol.

Ketangkasan penjaga gol Malaysia, Syahmi Adib berjaya memastikan gawang tidak dibocori sehinggalah tamat separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, corak permainan sama dipamerkan kedua pasukan dengan Thailand sekali lagi mendominasi perlawanan terutamanya dibahagian tengah yang memberi ruang buat mereka mengatur gerakan.

Malaysia mula dilihat agresif ketika perlawanan berbaki 10 minit ditamatkan pada separuh masa kedua namun tiada gol terhasil.

Syahmi seharusnya diangkat sebagai pemain terbaik apabila bertindak cemerlang menafikan beberapa percubaan tepat dari pemain lawan sehinggalah tamat masa perlawanan.

Selepas ini skuad B-19 negara akan tuan rumah Vietnam pada 7 Ogos (Ahad) dan menamatkan aksi empat penjuru bertemu Myanmar selang dua hari kemudian.

Dua pasukan teratas akan bertemu di final, manakala dua pasukan berikutnya bakal beraksi untuk penentuan tempat ketiga/keempat pada Khamis, 11 Ogos 2022. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya