Liverpool terus dihimpit krisis kecederaan

Liverpool terus dihimpit krisis kecederaan

JOEL MATIP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Liverpool yang mencari kemenangan pertama dalam Liga Perdana Inggeris musim ini berdepan satu lagi isu kecede­raan selepas Joel Matip diketepikan pada sesi latihan menjelang pertemuan menentang Crystal Palace di Anfield esok.

Matip membentuk benteng ampuh bersama Virgil van Dijk musim lalu, malah memainkan peranan besar yang membawa Reds muncul naib juara Liga Perdana, selain mara dalam tiga final perebutan trofi.

Pemain antarabangsa Cameroon itu mengalami kecederaan pangkal paha, sekali gus menyertai senarai beberapa tonggak yang sudahpun disisihkan lebih awal.

Ibrahima Konate, Thiago Alcantara, Curtis Jones, Diogo Jota, Kostas Tsimikas, Alex Oxlade-Chamberlain, Calvin Ramsey serta Caoimhon Kelleher antara pemain yang sudah disisihkan.

IBRAHIMA KONATE

Isu kecederaan tiba pada masa yang sukar buat Liverpool yang memulakan kempen musim baharu dengan diikat 2-2 oleh Fulham minggu lalu.

Kecederaan Matip bagaima­napun boleh menjadi berita baik buat Joe Gomez yang terdesak untuk kembali dalam kesebelasan utama selepas mengalami dua tahun yang sukar.

JOE GOMEZ

“Kami kini berdepan isu kecederaan, ya..begitulah ­ke­adaan yang sering dihadapi.

“Persoalannya sekarang, ­berapa lama pemain-pemain ini dapat kembali ­beraksi?

“Memang mudah untuk bawa masuk pemain baharu dari jendela perpindahan tetapi itu tidak akan membantu,” kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.