Liverpool mangsa kebangkitan Manchester United

Liverpool mangsa kebangkitan Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Manchester United memilih waktu dan ‘mangsa’ yang tepat untuk mempamer kebangkitan apabila melakar kemenangan pertama Liga Perdana Inggeris di bawah era Erik ten Hag dengan menundukkan musuh ketat, Liverpool 2-1 hari ini.

Ten Hag bertindak balas terhadap kekalahan mengerikan 4-0 di Brentford minggu lalu dengan merehatkan Cristiano Ronaldo dan Harry Maguire.

Kesebelasan utamanya bertindak balas dengan persembahan bertenaga, sangat berbeza daripada apa yang mereka tampilkan ketika tewas dalam dua aksi pembukaan liga.

PROTES penyokong membayangi aksi Manchester United di Old Trafford.

Dibayangi protes penyokong terhadap pemilik kelab, Glazer sebelum perlawanan bermula, Jadon Sancho bagaimanapun menceriakan ribuan penonton di Old Trafford dengan meledak gol pembukaan pada minit ke-16 selepas menyudahkan hantaran Anthony Elanga.

Liverpool gagal mencari gol penyamaan biarpun mendominasi hujung babak pertama, malah benteng mereka  terdedah sekali lagi sebaik sahaja separuh masa kedua bersambung.

Pada minit ke-53, giliran Marcus Rashford menewskan Alisson untuk meletakkan Red Devils mendahului 2-0.

JADON Sancho meledak gol pembukaan Manchester United.

Reds akhirnya merapatkan jurang sembilan minit sebelum masa tamat hasil tandukan Mohamed Salah, namun itu tidak mampu membantu mereka bangkit sekurang-kurangnya mencari keputusan seri.

Kemenangan pertama selepas kalah dalam dua aksi pembukaan mengeluarkan United dari dasar liga untuk naik ke tangga ke-14 menerusi tiga  mata.

Liverpool yang masih gagal mencari kemenangan pertama selepas seri dalam dua aksi pembukaan liga jatuh ke tangga ke-16, tujuh mata di belakang pendahulu Arsenal.

Seterusnya, Liverpool akan menyasarkan untuk mengutip kemenangan pertama dalam kempen liga musim ini apabila melayan kunjungan Bournemouth pada Sabtu manakala United bertandang ke Southampton. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN