Kelantan wajib buru tiga mata jumpa Projek FAM-MSN

Kelantan wajib buru tiga mata jumpa Projek FAM-MSN

REZAL Zambery Yahya (dua, kiri) mahu pemain memanfatkan aksi di laman sendiri esok untuk meraih tiga mata penuh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Bukan mahu memandang rendah kemampuan skuad Projek-MSN, namun Kelantan FC harus turun mengutip tiga mata penuh apabila kedua-dua pasukan berentap esok bagi kekal menerajui Liga Perdana.

Pengendalinya, Rezal Zambery Yahya berkata, The Red Warriors (TRW) perlu memanfaatkan aksi di laman sendiri untuk mencatat satu lagi kemenangan biarpun sedar perlawanan itu tidak mudah.

“Tiada perlawanan boleh diambil mudah oleh Kelantan ketika ini kerana setiap pasukan pasti akan memberi tentangan sengit kepada pendahulu liga.

“Saya sedar bulan ini amat sibuk dan padat buat TRW. Saya harap para pemain kekal cergas tanpa sebarang kecederaan serius dan terus berikan persembahan sepenuh hati untuk keputusan terbaik,” katanya.

Kata Rezal, barisan pemain Kelantan FC sentiasa bersedia untuk diturunkan dalam apa situasi sekalipun.

Katanya, setiap pemain yang diturunkan telah memberikan persembahan terbaik dan ia bagus untuk perkembangan karier mereka sekali gus baik untuk prestasi semasa Kelantan FC.

“Saya akan memberi peluang kepada semua pemain untuk mendapatkan minit permainan. Ini bukan perkara baru bagi saya dan ia merupakan satu saingan sihat dalam sebuah skuad yang besar.

“Sudah menjadi tugas saya untuk beri pendedahan kepada mereka dalam perlawanan kompetitif dan mereka berhak mendapat peluang bermain berdasarkan komitmen yang diberikan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya