Kelantan United rebah di laman sendiri

Kelantan United rebah di laman sendiri

NJOKU Jacob (kiri) mengawal bola daripada dirampas oleh pemain Terengganu FC II pada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan sebentar tadi. - IHSAN KELANTAN UNITED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan United ‘rebah’ di laman sendiri apabila tumpas 2-3 kepada Terengganu FC II pada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, tuan rumah tidak menunggu lama apabila memperoleh gol pembukaan seawal minit ketujuh menerusi jaringan Mohamad Amirul Shafik Che Soh.

Terengganu FC II bingkas mengikat kedudukan menjadi 1-1 menerusi Amirul Syazwan Nor Azmi yang tenang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-25.

Perlawanan kembali seimbang dengan kedua-dua pasukan masing-masing saling berbalas serangan, namun kedua-dua terus kental bertahan dan keputusan kekal terikat 1-1 sehingga tamat separuh masa pertama.

Aksi babak kedua, pelawat lebih banyak menguji gawang tuan rumah melalui beberapa percubaan jarak jauh.

 

Terengganu FC II melebarkan kedudukan menjadi 2-1 menerusi sepakan penalti yang berjaya disempurnakan oleh Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali pada minit ke-75.

Kegembiraan pasukan pelawat bagaimanapun tidak bertahan lama apabila ppemain import baharu Kelantan United, Julius Ziggy Ofori muncul sebagai penyelamat skuad kijang hijau dengan gol penyamaan pada minit ke-80.

Pasukan tuan rumah bagaimanapun terhukum oleh kealpaan barisan pertahanannya yang memaksa Mohamad Fikri melakukan kesilapan dan membuka ruang buat Wan Mohamad Fazli menjaringkan gol ketiga Terengganu FC II sekaligus gol kedua peribadinya.

Kelantan United kemudian mengerah segala keringat untuk kembali menyamakan kedudukan tetapi gagal menewaskan kekebalan benteng Penyu yang memuktamadkan kemenangan mereka di gelanggang lawan.

Kekalahan itu menyulitkan peluang Kelantan United untuk mencari kedudukan terbaik dalam carta Liga Perdana musim ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya