Kelantan FC semput kalahkan 'budak lepasan sekolah'

Kelantan FC semput kalahkan ‘budak lepasan sekolah’

AKSI Kelantan FC (merah) ketika menentang Projek FAM-MSN dalam aksi Liga Perdana di pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, sebentar tadi. - IHSAN TRW KELANTAN FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan FC dipaksa mandi peluh oleh ‘budak lepasan sekolah’ sebelum meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Skuad Projek FAM-MSN pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, sebentar tadi.

Turun dengan misi mencari kemenangan bagi mengukuhkan kedudukan sekalu peneraju liga, Kelantan FC dilihat lebih menguasai perlawanan sejak tiupan wisel pembukaan dan beberapa kali berjaya menembusi kubu pasukan pelawat.

Gawang Skuad Projek diuji seawal minit ke lapan gerakan menarik yang diatur berjaya membuka peluang jaringan buat pasukan tuan rumah namun rembatan Muhaimin Izuddin Muhamad Asri sekadar menggegar palang gol.

Skuad Projek cuba sebaik mungkin untuk menyaingi pasukan lawan namun kerap kali gerakan serangan mereka berjaya di patahkan oleh pasukan tuan rumah.

 

The Red Warriors (TRW) mengatur serangan bertali arus untuk mencari gol pembukaan tetapi ketumpulan penyudah menyaksikan perlawanan terikat tanpa jaringan sehingga tamat separuh masa pertama.

Kelantan FC tidak menunggu lama untuk menggempur kubu lawan sebaik bermula babak kedua namun masih buntu untuk mendapat gol pembukaan berikutan ketumpulan penyudah.

Beberapa peluang terhidang di hadapan gol pasukan pelawat yang terhasil melalui gerakan-gerakan diatur gagal diterjemahkan ke dalam bentuk jaringan.

Dalam keghairahan menyerang, kem tuan alpa seketika dan hampir terhukum pada minit ke-52 tetapi kecekapan penjaga gawang, Nik Mohd Amin Ahmad berjaya menyelamatkan keadaan.

Mencecah minit ke-76, pemain gantian, Abdul Latiff Suhaimi menceriakan kem TRW apabila memanfaatkan peluang yang terhasil dari situasi kelam kabut di hadapan gawang pelawat untuk meledak kan gol pembukaan.

Ketinggalan satu gol di belakang, pasukan pelawat terus mempertingkatkan usaha untuk mencari gol penyamaan namun nasib tidak menyebelahi mereka dan Kelantan FC memuktamad kan kemenangan dengan gol tunggal perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya