‘Kebenaran akan muncul dua minggu lagi’

‘Kebenaran akan muncul dua minggu lagi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo mengecam media kerana ‘berbohong’ mengenai masa depannya dan mendakwa kebenaran akan didedahkan dua ming­gu lagi.

Komen yang dibuat melalui media sosial itu muncul beberapa jam selepas pengendali United, Erik ten Hag dilaporkan membenarkan Ronaldo meninggalkan pasukan bulan ini .

Ten Hag memutuskan pemergiannya adalah lebih baik untuk kelab itu bergerak ke hadapan, dan jika pemain berusia 37 tahun itu dapat mencari destinasi yang sesuai.

Ronaldo berada di tengah-tengah perpindahan sejak dia menangguhkan untuk kembali ke latihan pramusim kelab dengan beberapa pasukan antaranya Chelsea turut dikaitkan dengan pemain jersi No. 7 itu.

Tidak menyertai beberapa siri latihan dan perlawanan pramusim atas sebab keluarga, dia dikatakan memberontak kerana mahu meninggalkan kelab yang tidak beraksi dalam Liga Juara-Juara.

Menjawab akaun peminat di Instagram, Ronaldo menyelar media sambil menegaskan kebenaran akan didedahkan dalam temu bual dua minggu lagi.

“Mereka tahu kebenaran apabila menemu bual saya dalam beberapa minggu. Media bercakap bohong.

“Saya mempunyai buku nota dan dalam beberapa bulan ter­akhir daripada 100 berita yang saya buat, hanya lima betul.

“Bayangkan bagaimana kea­daannya,” tegas kapten Portugal itu.

Ronaldo kembali ke Old Trafford musim panas lalu selepas meninggalkan Juventus.
Dia telah menjaringkan 24 gol dalam semua pertandingan untuk United semasa kempen 2021/2022 yang menyedihkan, termasuk 18 gol Liga Perdana dan enam Liga Juara-Juara.

Kegagalan United untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas menjadi punca Ronaldo mahu meninggalkan kelab itu, tetapi dia masih belum menemui majikan baharu.

Ronaldo beraksi dalam kedua-dua perlawanan yang menyaksikan United kalah.

Dia dimasukkan sebagai gantian pada babak kedua ketika tewas 1-2 kepada Brighton di Old Trafford sebelum memulakan aksi dalam kesebelasan utama ketika tewas 4-0 di Brentford. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.