‘Kami sendiri terkejut dapat pingat perak’

‘Kami sendiri terkejut dapat pingat perak’

PEMAIN pingpong Malaysia meraikan kejayaan memenangi pingat perak berpasukan wanita pada Sukan Komanwel 2022 di Birmingham kelmarin. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejayaan Malaysia membawa pulang pingat pe­rak pingpong berpasukan wanita pada Sukan Komanwel 2022 tidak hanya mengejutkan peminat di tanah air, malah keputusan yang tidak diduga oleh pemain sendiri.

Malaysia tumpas 0-3 kepada Singapura dalam final di Birmingham kelmarin, namun sebelum itu mereka melakar dua keputusan sensasi di suku akhir dan separuh akhir.

Skuad negara menyingkirkan juara bertahan, India 2-1 pada peringkat lapan terbaik sebelum meneruskan kecemerlangan dengan menumpaskan Wales di separuh akhir.

“Memang ia mengejutkan kami. Sebab kami sendiri tak jangka sama sekali akan dapat pingat perak ini.

“Kami datang ke sini sebenarnya dengan sasaran menang pingat untuk beregu wanita sahaja tapi berjaya mara sehingga ke final (acara berpasukan).

“Biarpun perak, kami tetap bangga,” kata pemain pingpong kebangsaan, Ho Ying.

AKSI pemain negara, Alice Chang membalas pukulan pemain Singapura dalam perebutan pingat emas berpasukan wanita Sukan Komanwel 2022 di Birmingham kelmarin. 

Dalam aksi final di ­Pusat Pameran Nasional (NEC), skuad Beh Lee Wei terpaksa akur kepada Singapura yang diperkuatkan bekas rakyat China.

Ia pingat keenam kontinjen negara pada Sukan Komanwel 2022 setakat semalam dan kedua bagi perak selepas atlet angkat berat, Muhammad Erry Hidayat muncul naib juara kategori 73 kilogram (kg).

“Nak dapatkan pingat ini bukan senang terutama ketika bertemu juara bertahan, India di suku akhir. Kami kena kerja keras setiap hari.

“Sebelum perlawanan, kami juga sudah tahu akan jumpa Singapura di final. Kami juga tahu mereka diperkuatkan bekas pemain China, dan standard pemain mereka berbeza dengan kami.

“Sebelum turun, kami berbincang sesama ahli pasukan dan berjanji akan melakukan yang terbaik untuk mendapatkan mata sebanyak mungkin,” katanya yang memenangi gangsa bersama Karen Lyne pada edisi 2018 di Gold Coast, Australia dalam beregu wanita.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya