Juara bertahan tersingkir seawal pusingan pertama

Juara bertahan tersingkir seawal pusingan pertama

EMMA RADUCANU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Juara bertahan, Emma Raducanu ditunjukkan jalan keluar pada kejohanan tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) seawal pusingan pembukaan hari ini.

Bintang remaja Britain itu tumbang 3-6, 3-6 kepada pemain Perancis, Alize Cornet.

Tahun lalu, Raducanu mengejutkan tenis dunia apabila merangkul kejuaraan Grand Slam pertamanya pada Terbuka AS biarpun bermain dari pusingan kelayakan.

Begitpun tiada lagi ‘kisah dongeng’ buat pemain berusia 19 tahun itu kali ini selepas langkahnya disekat awal oleh Cornet, yang mara ke suku akhir Terbuka Australia tahun ini.

Cornet kini akan menentang Katerina Siniakova pada pusingan kedua.

“Saya minta maaf kepada anda semua. Saya sedar, ramai di sini yang meminati Emma.

“Dia pemain yang hebat dan seorang yang baik, jadi saya minta maaf kerana mengalahkannya hari ini.

“Saya sangat gembira dengan persembahan hari ini, saya fikir menunjukkan aksi yang mantap,” kata Cornet. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya