Jangan lagi dihukum sukan angkat berat

Jangan lagi dihukum sukan angkat berat

Aznil Bidin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejayaan Aniq Kasdan dan Aznil Bidin menghadiahkan dua pi­ngat emas pertama Malaysia dalam Sukan Komanwel di Birmingham diharap mampu meya­kinkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) untuk tidak lagi ‘menghukum’ sukan berkenaan.

Kemenangan dua ‘badang’ negara itu kejayaan cukup manis memandangkan sepanjang empat tahun ini, angkat berat melalui tempoh suram, bukan sahaja terpalit dengan isu do­ping, malah skuad kebangsaan digantung bagi membendung masalah tersebut.

Acara angkat berat juga pernah digugurkan daripada Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018, namun dimasukkan semula tetapi tetap timbul isu doping yang menyaksikan dua atlet didapati positif menggunakan bahan terlarang.

Naib presiden Persatuan ­Angkat Berat Malaysia (PABM), Amirul Hamizan Ibrahim ­merayu KBS dan MSN agar mempertimbangkan untuk kembali memasukkan angkat berat dalam sukan teras.

ANIQ Kasdan meraikan kejayaan meraih pingat emas pertama Sukan Komanwel di Birmingham. – AFP

“Kita memang gembira de­ngan kejayaan Aznil dan Aniq, tetapi untuk tempoh empat tahun akan datang, jika tidak ­diletakkan dalam sukan teras, saya tidak pasti angkat berat boleh meneruskan kecemerla­ngan seperti ini di Sukan Komanwel.

“Kami sudah melalui pelba­gai perkara untuk mencapai kejayaan ini, bukan satu sebalik­nya dua emas kami berjaya raih.

“Jadi kami berharap KBS dan MSN boleh mempertimbangkan agar angkat berat dapat diserap semula ke dalam sukan teras,” kata Amirul kepada Utusan ­Malaysia.

AMIRUL Hamizan Ibrahim ketika memenangi pingat emas dalam Sukan Komanwel 2010 di New Delhi.

Amirul yang bertindak sebagai pengurus pasukan angkat berat negara di Birmingham menjelaskan, beliau dan jurulatih, Yon Haryono tidak me­nyangka Aniq berjaya untuk me­raih pingat emas bagi acara 55 kilogram (kg) dalam penampilan pertamanya di Sukan Komanwel.

Katanya, sasaran hanya dile­takkan kepada Aznil dalam acara 61kg.

Sebagai rekod, angkat berat digugurkan daripada senarai 19 sukan teras negara pada 2018 dan ia memberi kesan terhadap pembangunan sukan itu dari sudut mencari kesinambungan dalam bakat baharu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya