Jangan hanya pandai mengkritik – Khalid

Jangan hanya pandai mengkritik – Khalid

SYAHMI Safari mengelami kecederaan serius di bahagian ligamen.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Legenda bola sepak Malaysia, Khalid Ali mencabar pasukan Liga Malaysia (Liga M) untuk berada sebaris Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Biarpun langkah Harimau Selatan dalam saingan kelab elit Asia itu berakhir peringkat 16 terbaik ekoran kekalahan 5-0 kepada Urawa Red Diamonds kelmarin, namun Khalid berkata, pencapaian JDT tetap membanggakan.

KHALID ALI

“Kita tidak boleh menafikan, Urawa Red adalah kelab Jepun terbaik, memenangi dua kejuaraan ACL.

“Seharusnya kita bangga kerana JDT layak berada dalam kelompok 16 pasukan terbaik di Asia.

“Kelab di Liga M perlu ber­saing dan menempatkan diri sebaris JDT, bola sepak kita takkan pergi jauh kalau pasukan lain hanya berdiam diri.

“Jadikan blue print JDT sebagai panduan untuk sama-sama mencapai kejayaan sebagaimana dilakukan Harimau Selatan,” katanya kepada Mingguan ­Malaysia, semalam.

Bekas pemain Selangor yang menjuarai Piala Malaysia 1976, 1977, 1978 dan 1984 itu juga melihat kekalahan 5-0 tidak wajar dijadikan bahan lawak peminat tempatan.

“Kita kena ambil positif, kekalahan 0-5 itu bukan satu lawak, kita nampak ada komen tidak elok seolah-olah mendoakan kekalahan JDT dalam ACL.

“Perlu positif, Urawa Red te­lah bergelar juara dua kali pada edisi 2007 dan 2017 sudah bertaraf dunia dan JDT berjaya berada sebaris dengannya malah memberi cabaran.

“Saya tak memilih sesiapa (pasukan) tetapi komen yang tidak bagus, tak baik, kelab-kelab lain perlu memiliki piawaian (standard) dengan JDT.

“Hendak menang berdepan skuad simpanan JDT pun sukar, jadi pasukan lain perlu mempertingkatkan kualiti untuk ber­saing,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN