Ini kekalahan terburuk Kuala Lumpur - Hodak

Ini kekalahan terburuk Kuala Lumpur – Hodak

PENYERANG JDT, Bergson Da Silva cuba melepasi halangan pertahanan KL City, Giancarlo Gallifuoco dan Kamal Azizi dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri kelmarin. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Ketua ­Jurulatih Kuala Lumpur City (KL City), Bojan Hodak menyifatkan kekalahan 5-0 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super kelmarin adalah yang terburuk buat pasukannya musim ini.

Katanya, ketiadaan enam pemain utama menyebabkan amat sukar buat mereka untuk mengelak daripada kekalahan besar.

Pemain yang tidak dapat diturunkan kerana kecederaan dan tidak cergas sepenuhnya ialah Irfan zakaria, J. Partiban, Zhafri Yahya, Ryan Lambert, Kenny Pallraj dan Fakrul Aiman.

“Ini adalah masalah utama pasukan kecil seperti kami, ketiadaan seorang pemain penting sudah dirasai, inikan pula ­hampir separuh skuad utama tidak diturunkan.

“Mahu tak mahu saya terpaksa menurunkan pemain yang pertama kali beraksi, tidak cergas sepenuhnya, hasilnya kita dapat lihat jurang yang ke­tara antara kedua-dua pasukan.

PENYERANG JDT, Fernando Forestieri dijatuhkan pertahanan KL City, Giancarlo Gallifuoco dalam kawasan penalti di Iskandar Puteri kelmarin. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

“Bagaimanapun, mereka sudah melakukan setakat yang termampu. Kesempatan itu digunakan pasukan tuan rumah untuk menghukum kita setiap kali membuat kesilapan,” ­katanya.

Bekas pengurus JDT itu berkata, walaupun KL City ­berada di posisi keempat dalam kedudukan Liga Super, namun jurang antara kedua-dua pasukan itu amat ketara.

“Skuad mereka terdiri daripada 30 pemain terbaik Liga Super, jauh beza jika dibandingkan dengan pemain pasukan lain. Ini beza kualiti pasukan yang bersaing dalam ACL (Liga Juara-Juara Asia) dengan Piala AFC seperti kami,” ujarnya.

Hodak mengakui, kekalahan tersebut memberi tamparan buat pasukannya yang sedang membuat persiapan untuk Piala AFC bagi aksi separuh akhir Zon ASEAN menentang kelab Vietnam, Viettel FC, Rabu depan.

Pasukannya masih mempunyai masa mencukupi untuk membuat persiapan secara mental dan fizikal bagi menghadapi perlawanan penting itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya