Hartawan Britain serius mahu beli Manchester United

Hartawan Britain serius mahu beli Manchester United

Sir Jim Ratcliffe
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Hartawan Britain, Sir Jim Ratcliffe sedia untuk membeli Manchester United jika gergasi Liga Perdana Inggeris itu berada di pasaran untuk dijual.

Jurucakap Ineos, syarikat yang dimiliki Ratcliffe memberitahu The Times, Ratcliffe bersedia membeli saham ditawarkan bagi memberi laluan mendapatkan kawalan sepenuhnya di Old Trafford.

Biarpun pemilik kelab, keluarga Glazer yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) hanya mahu menjual saham minoriti kelab tangga tercorot liga itu, namun ada gesaan daripada konsortium yang mungkin diketuai Ratcliffe untuk Glazer melepaskan pegangan.

“Jika perkara ini (pengambilalihan kelab) ada kemungkinan, kami pasti berminat untuk bercakap mengenai pemilikan jangka panjang,” kata jurucakap itu.

MESEJ anti-Glazer diletakkan penyokong Manchester United berhampiran Old Trafford.

Keluarga Glazer membeli United pada 2005, namun menyebabkan hutang yang banyak, dipersalahkan kerana mengambil lebih banyak wang berbanding pelaburan dalam aspek dana perpindahan atau membangunkan semula gelanggang di Old Trafford.

Kali terakhir United menjuarai Liga Perdan pada 2013, dan mereka tidak menjulang trofi utama sejak 2017, dengan kekalahan memalukan 0-4 di Brentford, hujung minggu lalu, menyebabkan Red Devils menduduki tangga tercorot liga utama buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun.

“Ini bukan mengenai wang yang dibelanjakan atau tidak dibelanjakan.

“Jim melihat kepada sesuatu yang boleh dilakukan sekarang, sedar betapa pentingnya kelab itu kepada bandar dan dirasakan ini adalah saat paling sesuai untuk sesuatu yang baharu,” kata jurucakap itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya