Harimau Selatan juga gerunkan Urawa

Harimau Selatan juga gerunkan Urawa

JDT turun tanpa rasa gentar apabila menentang Urawa Red Diamonds di Stadium Saitama malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Prestasi terkini Johor Darul Ta’zim (JDT) turut menghadirkan rasa gerun kepada Urawa Red Diamonds apabila kedua-dua pasukan berentap di pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Saitama, malam ini.

Sentuhan jurulatih baharu, Hector Bidoglio menyaksikan skuad Harimau Selatan meledak 13 gol dalam tiga perlawanan Liga Super bermula menentang Kuala Lumpur City (5-0), Penang FC (6-1) dan Terengganu (2-1) sebelum terbang ke Jepun.

Bertemu juara dua kali Asia itu, Bidoglio memiliki ramuan terbaik bagi mengejutkan Urawa di hadapan penyokong lawan.

Jurulatih dari Argentina itu mengakui, lawannya pasukan yang kuat dan bermain corak permainan pantas tetapi ia tidak bermakna misi mustahil untuk anak-anak buahnya melakar kejutan.

HECTOR Bidoglio (dua, kiri) bersama Farizal Marlias dan barisan jurulatih JDT di Stadium Saitama.

“Ia bakal menjadi perlawanan sukar dan sengit. Kami akan memberi prestasi semaksimum dan cuba yang terbaik.

“Para pemain berada dalam keadaan baik dari segi mental dan fizikal,” katanya.

Ketajaman Harimau Selatan pada saat akhir terutama 15 minit terakhir permainan dilihat antara senjata JDT.

Berdasarkan statistik, JDT meledak 22 gol musim ini pada 15 minit terakhir perlawanan dalam semua kejohanan.

Kejayaan menjinakkan bekas juara 2020, Ulsan Hyundai pada peringkat kumpulan juga membuktikan tiada perkara mustahil boleh dilakukan jika mereka dalam prestasi terbaik.

Urawa Red Diamonds bersedia menerima kunjungan JDT.

“Kami bekerja keras untuk sampai ke tahap ini dan saya percaya kami mampu menjelmakan sesuatu esok” kata penjaga gol JDT, Farizal Marlias.

Sementara itu, penjaga gol Urawa Shusaku Nishikawa mengakui, JDT pasukan yang kuat dan wajar digeruni.

“Anda boleh lihat daripada rakaman peringkat kumpulan, kualiti pemain luar amat tinggi.

“Kalau dulu kelab Malaysia termasuk skuad kebangsaan mempunyai imej tidak begitu kuat tetapi kini berbeza,” katanya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya