Hampir 90,000 penonton bakal 'serang' Bukit Jalil

Hampir 90,000 penonton bakal ‘serang’ Bukit Jalil

STADIUM Nasional Bukit Jalil bersedia menerima 80,000 penonton untuk final Piala FA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datang awal ke stadium, pastikan kawalan keselamatan diper­tingkatkan dan perkhidmatan LRT dalam keadaan ‘tiptop’ kerana Kompleks Sukan Bukit Jalil bakal menerima kebanjiran penonton yang luar biasa pada 10 September ini.

Pengumuman Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bahawa final Piala FA antara Terengganu FC menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 10 September nanti mengundang keresahan kerana pada hari sama konsert kumpulan rock terkenal Indonesia, Dewa 19 akan berlangsung di Axiata Arena.

Dengan tiket perlawanan akhir Piala FA dijangka mendapat sambutan hangat melihat kepada rekod terdahulu, bermakna hampir 80,000 peminat bola sepak akan berkampung di Bukit Jalil untuk menonton perlawanan yang bermula pukul 9 malam.

Penganjur konsert Dewa 19 pula awal-awal lagi mengumumkan, tiket sudah habis terjual dan itu bermakna 10,000 penonton dijangka membanjiri Axiata.

DEWA 19 akan menemui peminat mereka di Axiata Arena pada 10 September.

Bukan hanya faktor padang dijadikan keutamaan ketika MFL memilih Stadium Nasional sebagai gelanggang Piala FA, malah ia turut mengambil kira elemen seperti kemudahan dan keselamatan penyokong, akses kepada perkhidmatan awam, ­ruang yang luas di sekeliling stadium yang akan membolehkan operasi keselamatan.

Itu bermakna pada satu malam sahaja Kompleks Sukan Bukit Jalil bakal dibanjiri 90,000 penonton.

Pengangkutan LRT menjadi pilihan terbaik bagi mengelak kesesakan luar biasa, namun bagi penyokong kedua-dua pasukan yang datang dari jauh, mereka harus memikirkan alternatif untuk meletakkan bas atau kereta.

JDT dan Terengganu FC mempunyai kumpulan penyokong yang ramai.

“MFL juga tidak boleh berkompromi dalam aspek ke­selesaan dan keselamatan dan kita sedia maklum bahawa SNBJ memiliki fasiliti terbaik di dalam dan di luar termasuk akses pe­ngangkutan awam ke venue ini.

“Buat masa ini, SNBJ satu-satunya stadium yang mampu memuatkan 80,000 penyokong dalam satu-satu masa dan berada dalam keadaan yang selamat untuk digunakan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam kepada Utusan Malaysia.

Kata Stuart, kaedah penjualan tiket final Piala FA akan dimaklumkan selepas perbincangan diadakan dengan pihak bertanggungjawab, namun ­as­­pek ke­selamatan perkara utama yang akan diberi perhatian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya