Haaland, Lewandowski jumpa rakan lama dalam Liga Juara-Juara

Haaland, Lewandowski jumpa rakan lama dalam Liga Juara-Juara

ERLING Haaland (kiri) dan Robert Lewandowski yang kini bersama pasukan baharu akan bertemu kelab lama mereka di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Dua penyerang terhebat Eropah, Erling Haaland dan Robert Lewandowski bakal berdepan bekas pasukan masing-masing dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

Dalam undian yang diadakan di Istanbul awal pagi tadi, Haaland yang kini mengetuai serangan Manchester City dipertemukan dengan bekas pasukannya, Borussia Dortmund dalam Kumpulan G.

Melengkapkan undian Kumpulan G adalah kelab Sepanyol, Sevilla dan Copenhagen dari Denmark.

Lewandowski yang kini menggalas cabaran juara lima kali, Barcelona pula akan menentang Bayern Munich dalam Kumpulan C, yang turut dibarisi Inter Milan dan Viktoria Plzen.

UNDIAN LIGA JUARA-JUARA EROPAH

This photograph taken on August 25, 2022, shows a screen displaying the fixtures for the group stage of the UEFA Champions League football cup after the draw for the 2022/2023 UEFA Champions League football tournament in Istanbul. (Photo by OZAN KOSE / AFP)

Juara bertahan, Real Madrid yang memegang rekod 14 kejuaraan menjadi pilihan untuk menerajui Kumpulan F bersama RB Leipzig, Shakhtar Donetsk dan Celtic.

Naib juara musim lalu, Liverpool yang berdepan isu prestasi menerima undian berliku dalam Kumpulan A – bakal berdepan Ajax, Napoli serta Rangers.

Kepulangan Lewandowski ke Munich pastinya dinantikan oleh penyokong kelab Jerman itu, namun sambutan bagaimana yang akan diberikan kepada penyerang Poland tersebut pastinya menjadi tanda tanya.

Lewandowski pernah memenangi lapan gelaran liga, tiga Piala Jerman serta satu Liga Juara-Juara dan Piala Kelab Dunia sepanjang menyarung jersi Bayern. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN