Gol lewat minit bantu Tok Gajah ikat Melaka

Gol lewat minit bantu Tok Gajah ikat Melaka

PEMAIN Sri Pahang, Sharul Nizam Mohd. Nadzir (tengah) menjaringkan gol minit ke-90 untuk mengikat Melaka United 2-2 malam ini. UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Tiga minit sebelum tamat perlawanan menjadi detik hitam buat Melaka United apabila sekadar mencatat keputusan seri 2-2 berdepan Sri Pahang dalam perlawanan Liga Super di Stadium Hang Jebat malam ini.

Kealpaan benteng pertahanan menghukum Sang Kancil yang pada mulanya memiliki kelebihan 2-0 berbaki tiga minit sebelum perlawanan tamat.

Kegembiraan penyokong menghitung detik sebelum aksi penuh tamat nyata menghampakan.

Mendahului Sri Pahang 2-0 hasil jaringan Ifedayo Olusegun pada minit ke-38 dan Adriano Narcizo seakan-akan tuan rumah pulang dengan tiga mata penuh.

PEMAIN Melaka United, Adriano Narcizo (dua dari kanan) meraikan jaringannya bersama pasukan ketika menentang Sri Pahang. – UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD

Namun tiga minit sebelum perlawanan tamat meranapkan impian Melaka United apabila Sri Pahang bangkit daripada ketinggalan menyamakan kedudukan menerusi penyerang import, David Rowley pada minit ke-87 serta Muhammad Shahrul Nizam minit 91.

Keputusan itu menyaksikan Melaka United berada di tangga ketujuh mengutip 17 mata manakala Sri Pahang pula di tangga kelima dengan 18 mata.

Permainan berhati-hati kedua-dua pasukan memulakan babak pertama tanpa sebarang gerakan cantik dengan bola banyak berlegar di tengah padang.

Melaka yang tewas kepada Sabah 1-2 di Kota Kinabalu dua minggu lalu, tangkas mengatur gerakan mencari gol awal namun sukar menembusi benteng pertahanan Sri Pahang yang dikemudi ketua pasukan, Mohamad Muslim Ahmad.

Aksi yang cukup membosan dipamerkan kedua-dua pasukan membuatkan penonton mula bersorak kurang senang dengan aksi yang terlalu berhati-hati.

Namun kelebihan memihak kepada tuan rumah apabila memecah kebuntuan jaringan gol menerusi penyerang berbisa skuad Sang Kancil, Ifedayo Olusegun pada minit ke-38.

Gol berpunca daripada hantaran cantik Muhammad Syazwan Andik dari sebelah kiri tepat ke kaki Ifedayo yang mudah menolak masuk menewaskan penjaga gol Sri Pahang, Mamadou Samassa.

Sebaik babak kedua jelas menunjukkan penguasaan tuan rumah berbanding pelawat yang nampak terkial-kial mencari rentak untuk mencari gol penyamaan.

Begitupu pada minit ke-51, Melaka menambah jaringan kedua menerusi tolakan mudah seorang lagi penyerang import dari Brazil, Adriano Narcizo mengecewakan Samassa yang tergamam melihat bola menerjah jaring.

Pada minit ke-74, Sri Pahang hampa apabila dua percubaan Sherzod Fayziev di depan pintu gol tuan rumah dihampakan oleh kecekapan Tian Keat See.

Gol penyamaan pelawat dijaringkan David Rowley tiga minit sebelum perlawanan tamat. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya