Bibi Ramjani bukan pembeli saham TRW

Bibi Ramjani bukan pembeli saham TRW

Bibi Ramjani Ilias Khan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Bibi Ramjani Ilias Khan bukan individu yang dikatakan mahu membeli lima peratus saham Kelantan FC pada harga RM3 juta sebagaimana tular di laman sosial Face­book sebelum ini.

Perkara tersebut di­sahkan pemilik kelab itu sendiri Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham.

“Yang akan beli saham lima peratus The Red Warriors (TRW) FC Berhad pada harga RM3 juta itu betul orang Kelantan.

“Tetapi…bukan Bibi Ramjani. Saya kena maklumkan sebab ramai yang ingat Bibi Ramjani,” katanya.

HANTARAN Facebook Norizam Tukiman.

Sebelum ini tular di laman sosial Facebook peminat Kelantan FC yang mengatakan usahawan batik itu mahu membeli saham TRW.

Ia susulan bekas Pre­siden KAFA itu hadir untuk menyaksikan perlawanan melibatkan Ke­lantan FC di Stadium Sultan Muhammad IV di sini baru-baru ini.

Norizam memberitahu, individu dimaksudkan itu ialah seorang peminat bola sepak Kelantan yang meminati sukan berkenaan sejak kecil.

Katanya, peminat ber­kenaan mulai masuk ke stadium seawal berusia enam tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN