Benteng alpa punca Sang Kancil cicir mata

Benteng alpa punca Sang Kancil cicir mata

SHARUL Nizam Mohd. Nadzir (tengah) meraikan gol penyamaan Sri Pahang ketika menentang Melaka United dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput kelmarin. – UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kealpaan benteng pertahanan dalam tempoh tiga minit sebelum tamat menjadi punca Melaka United sekadar mencatat keputusan seri 2-2 ke atas Sri Pahang FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Hang Jebat kelmarin.

Pemangku jurulatih, Mohd. Asri Ninggal tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa kerana pasukannya sudah di ambang kemenangan selepas mendahului 2-0 hasil jaringan Ifedayo Olusegun (minit ke-38) dan Adriano Narcizo (m-51), namun tiga minit terakhir memusnahkan impian itu.

“Pemain harus salahkan diri sendiri kemenangan sudah berada di depan, namun semua alpa dalam tempoh tiga minit dan Sri Pahang berjaya mendapatkan dua gol untuk mengikat keputusan seri 2-2.

“Kita bermain bagus pada babak pertama menguasai rentak permainan, namun kealpaan dalam tempoh tiga minit apabila pertahanan membenarkan hantaran di depan gol membolehkan Sri Pahang mencipta jaringan,” katanya selepas tamat perlawanan.

PENJAGA gol Melaka United, Tian Keat See (tengah) cuba menyelamatkan gawangnya daripada dibolosi pemain Sri Pahang. – UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD

Mohd. Asri berkata, keputusan berkenaan cukup mengecewakan dan menyifatkan malam itu paling sukar untuk dilupakan.

Menurutnya, dia tidak menyangka pasukannya mampu mendahului Sri Pahang FC 2-0, berdasarkan reputasi dalam tiga perlawanan sebelum ini skuad bimbingan jurulatih Datuk Dollah Salleh itu tidak dibolosi.

Dia tidak menolak pemainnya hilang fokus dengan pasukan lawan mengasak bertubi-tubi yang akhirnya defisit dua gol dapat dipadamkan sekelip mata.

Kebangkitan saat akhir Sri Pahang FC berjaya meledakkan jaringan menerusi David Rowley pada minit ke-87 serta Muhammad Shahrul Nizam di masa kecederaan.

Sehubungan itu, Mohd. Asri meminta anak buahnya untuk bangkit semula selepas tunduk 1-2 kepada Sabah dua minggu lalu, serta seri dengan Sri Pahang FC yang mana mereka harus mencatat kemenangan menentang Terengganu FC, 2 September depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya