Barca teruja jumpa Bayern kerana ada Lewandowski

Barca teruja jumpa Bayern kerana ada Lewandowski

ROBERT LEWANDOWSKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Gergasi Sepanyol, Barcelona teruja diundi bersama Bayern Munich dalam Kumpulan C, Liga Juara-Juara yang menyaksikan Robert Lewandowski bakal menentang bekas majikannya.

Lewandowski menghabiskan lapan musim di Bayern sebelum mengambil keputusan menyertai Barca dengan perpindahan 50 juta euro (RM 223 juta).

Pertemuan dua gergasi itu menarik perhatian kerana ini kali kedua berturut-turut me­reka dipertemukan di pe­ringkat kumpulan sele­pas Bayern menumpaskan Barcelona 3-0 musim lalu, sekali gus menyebabkan lawan mereka gagal ke pusingan kalah mati.

UNDIAN peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim 2022/2023.

“Perkara positif mengenai undian ini adalah Lewandow­ski kini milik kami. Ia bakal jadi perlawanan istimewa buat penyerang Poland itu.

“Tiga daripada empat perte­muan terakhir kami menentang Bayern amat sukar tetapi kini kami sudah memperkuatkan pa­sukan,” kata Penolong ­Pe­ngarah Sukan Barcelona, Jordi Cruyff.

Selain Barcelona, yang pernah bergelar juara Eropah lima kali dan Bayern (juara enam kali), juara tiga kali, Inter Milan serta Viktoria Plzen turut dile­tak dalam Kumpulan C.

Satu lagi undian menarik melibatkan Kumpulan G, apabila bintang baharu Manchester City, Erling Haaland bakal membuat perhitungan dengan kelab lamanya, Borussia Dortmund.

ERLING Haaland juga akan bertemu bekas pasukannya, Borussia Dortmund.

Turut sama dalam kumpulan itu adalah Sevilla dan FC Copenhagen.

Saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah akan dilangsungkan lebih singkat iaitu dalam tempoh sembilan minggu berbanding kebiasaanya, 12 minggu bagi memberi laluan kepada Piala Dunia Qatar yang bermuala November ini.

Perlawanan akhir Liga Juara-Juara bakal diadakan di Stadium Olimpik Ataturk di Istanbul pada 10 Jun 2023. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN