Ballon d’Or patut milik Benzema

Ballon d’Or patut milik Benzema

KARIM BENZEMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Louis Saha percaya ‘ia akan menjadi skandal besar’ jika Karim Benzema tidak memenangi Ballon d’Or 2022 berikutan peranannya dalam La Liga dan Liga Juara-Juara berganda Real Madrid.

Benzema mencatat gol atau bantuan setiap 89 minit musim lalu dan menjaringkan 15 gol dalam 12 penampilan dalam Liga Juara-Juara, termasuk hatrik menentang Paris Saint-Germain dan Chelsea.

Dia menjaringkan 27 gol ­daripada 32 penampilan La Liga dan menjadi penjaring kedua tertinggi bersama Real Madrid, hanya di belakang Cristiano Ronaldo yang mendahului 405 gol berbanding Benzema dan 323 gol Raul.

Kata bekas bintang Perancis, tidak syak lagi Benzema harus memenangi Ballon d’Or tahun ini, malah pendapatnya turut disokong jaguh Belgium, Eden Hazard.

Ketika ditanya oleh Bet365 tentang pendapatnya mengenai Ballon d’Or, Saha membalas: “Karim Benzema! Maaf, Karim Benzema! Tiada soalan! Tiada soalan, berhenti di situ. Karim Benzema.

“Tiada pemain lain untuk ­disebut di sini. Tiada perdebatan. Jika dia tidak memenanginya, saya rasa saya tidak akan pernah melihatnya lagi. itu sahaja. Ia akan menjadi skandal.”

Benzema adalah salah seorang penyerang hebat Real Madrid sepanjang zaman tetapi dia tidak pernah berada dalam kelompok tiga terbaik Ballon d’Or.

Sekiranya dia menang, dia akan menjadi pemain Perancis keempat meraih kejayaan itu, menyertai Raymond Kopa, Michel Platini dan Zinedine Zidane. Menariknya, tiga daripada empat mereka turut bermain untuk Real Madrid. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya