Bagnaia mampu gugat Quartararo

Bagnaia mampu gugat Quartararo

Fabio Quartararo
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SPIELBERG, Austria: Pe­nyan­dang juara MotoGP dunia, Fabio Quartararo menegaskan dia lebih waspada dengan ancaman Francesco Bagnaia berbanding pesaing terdekatnya, Aleix Espargaro pada Grand Prix (GP) Austria esok.

Quartararo ketika ini menerajui kedudukan pelumba dunia dengan 180 mata, diikuti Espargaro di tempat kedua menerusi 158 mata.

Bagaimanapun Bagnaia yang berada di tempat ketiga de­ngan ke­tinggalan 49 mata, dilihat menjadi pencabar utama selepas mendominasi dua perlumbaan terakhir.

“Kami tahu Spielberg bukanlah litar terbaik buat pa­sukan tetapi saya berada di tempat ketiga di sini pada 2019 dan 2021.

“Selepas perlumbaan di Silverstone (GP Britain), saya agak kecewa tetapi cuba bangkit dan fokus minggu ini,” kata pelumba Yamaha itu.

Francesco Bagnaia

Selain menjuarai GP Bri­tain dua minggu lalu, Bagnaia menunggang Ducati muncul naib juara pada GP Austria 2021.

Quartararo sebaliknya menamatkan perlumbaan di litar Red Bull Ring musim lalu di tangga ketujuh.

Pelumba Perancis itu, dilihat kembali bergelut dengan prestasinya selepas sekadar meraih tempat kelapan di Bri­tain.

Selepas 12 perlumbaan, Quar­tararo merekodkan tiga kemenangan dan enam podium, namun dua perlumbaan ter­akhir tidak memihak ke­padanya.

Dalam pada itu, pelumba Sepanyol, Espargaro yang mengalami kece­deraan patah tumit tetap akan berlumba di ­Austria. – AGENSI

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.