AUG: Kabilan mahu tamatkan dominasi Thailand

AUG: Kabilan mahu tamatkan dominasi Thailand

Atlet Muay Thai negara, Kabilan Jelevan Thiagarajan (kanan) akan beraksi di pentas pentas final kategori bawah 60 kilogram (kg) pada Khamis ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UBON RATCHATHANI: Atlet Muay Thai negara, Kabilan Jelevan Thiagarajan yakin mampu melakukan kejutan menumbangkan atlet Thailand di pentas final kategori bawah 60 kilogram (kg) pada Khamis ini.

Kabilan berkata, dia juga tidak berasa gentar dan gemuruh walaupun atlet Thailand tersebut bakal mendapat sokongan padu penyokong sendiri pada Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 kali ini.

“Melihat kepada kekuatan lawan, memang saya menjangkakan perlawanan sengit. Namun, masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri untuk memenangi perlawanan.

“Saya akan perbaiki kualiti dan teknik termasuk berbincang bersama jurulatih bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Malaysia sekali gus menamatkan penguasaan Thailand dalam acara ini.

“Sekarang, saya tidak berada dalam situasi tekanan walaupun lawan bakal mendapat sokongan padu daripada penyokong sendiri kerana perkara utama adalah perlu fokus mengutip mata.

“Ramai yang kata sukar untuk tundukkan tuan rumah kerana sukan ini dikuasai mereka namun bagi saya apa pun boleh berlaku pada hari pertandingan final nanti,” kata penuntut Kolej Komuniti Kuala Langat itu.

Untuk rekod, pada 2018 di Nay Pyi Daw, Myanmar acara Muay Thai tidak dipertandingkan sebelum disenaraikan semula pada edisi kali ini di Thailand.

Kem Muay Thai negara kali ini menyasarkan untuk mengutip satu perak dan tiga gangsa dalam sukan Muay Thai berdasarkan kepada prestasi terkini atlet negara.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya