Anson Yeo dahului hari kedua golf amatur Terbuka Perak - Utusan Malaysia

Anson Yeo dahului hari kedua golf amatur Terbuka Perak

ANSON Yeoh Boon Xiang (kiri) dan Ng Jing Xuan masing-masing mendahului kejohanan golf Amatur Terbuka Perak selepas tamat pusingan kedua di Ipoh, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Anson Yeoh Boon Xiang mengambil alih kedudukan pendahulu pada hari kedua Kejohanan Golf Amatur Terbuka Perak Ke-64 di Kelab Golf Diraja Perak (RPGC), Ipoh hari ini.

Pemain Sarawak itu mencatat lima bawah par 67 selepas melakukan satu birdie dan eagle untuk mengumpul 137 pukulan keseluruhan, mendahului rakan senegeri, Malcolm Ting Siong Hung dengan dua pukulan.

Malcolm mencatat dua bawah par 70 untuk mengumpul 140 pukulan selepas tamat dua pusingan.

Ikhmal Basry dari Wilayah Persekutuan di tempat ketiga dengan 141 pukulan, ketinggalan tiga pukulan, manakala pemain Kuala Lumpur, Irfan Syahmi (144) di tempat keempat.

Sementara pendahulu hari pertama, Zia Iqmal Abdul Rashid melalui hari kedua yang buruk apabila mencatat empat atas par 76 untuk mengumpul 144 pukulan, sekali gus turun ke kedudukan kelima.

Dalam saingan wanita, aksi Ng Jing Xuan menyaksikan pemain Wilayah Persekutuan itu mengungguli saingan dengan kelebihan satu mata ke atas pilihan utama, Mirabel Ting dari Sarawak.

Jing Xuan mencatat  lima bawah par 67 hari ini, manakala juara Terbuka Pulau Pinang baru-baru ini, Mirabel melakukan 70 pukulan untuk jumlah 140.

Ketinggalan dua pukulan di belakang ialah Ng Yu Xuan yang memulangkan tiga bawah par 69. – UTUSAN ONLINE

Persaingan sengit dijangka berlaku apabila kejohanan memasuki pusingan ketiga dan terakhir esok. Seramai 44 pemain lelaki layak ke pusingan akhir, manakala perempuan 16 pemain. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya