Yong Qi ceriakan kem renang di AUG 2022

Yong Qi ceriakan kem renang di AUG 2022

Yong Qi berjaya menyumbangkan pingat emas dalam acara 200m kuak kupu-kupu wanita di Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UBON RATCHATHANI : Perenang negara, Ong Yong Qi menceriakan kem renang negara apabila berjaya menghadiahkan emas kedua untuk sukan berkenaan di temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022.

Pingat emas Yong Qi dalam acara 200 meter (m) kuak kupu-kupu itu hadir selepas perenang negara yang lain gagal menyinar dalam tujuh lagi aksi final yang berlangsung hari ini di Kampus Ban Yang Noi di sini.

Pelajar Universiti Sunway itu mencatatkan masa 2:18:45s untuk meraih emas manakala perak milik atlet Indonesia, Adinda Kirana dan Subhaamorn Panthira dari Thailand meraih gangsa.

“Saya sangat gembira kerana dapat sumbangkan emas buat kontinjen negara hari ini, walaupun masa dalam aksi final tidak begitu baik, ia sudah cukup untuk saya meraih tempat pertama.

“Bagi saya, segala usaha ketika latihan sudah dibuktikan dan aksi di AUG ini juga adalah sebahagian persiapan saya untuk mewakili negara pada Sukan SEA Kemboja pada tahun hadapan.

“Ini adalah aksi pertama saya di AUG, selepas ini saya akan mewakili universiti ke Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) dan mewakili Johor untuk Sukan Malaysia (Sukma),” kata atlet berumur 20 tahun itu.

WELSON (kiri) dan Terence (kanan)berjaya meraih pingat perak dan gangsa dalam acara 200m lelaki di temasya Sukan Univbersiti ASEAN (AUG) 2022

Sementara itu, kem renang negara pada hari ini juga turut meraih pingat perak dan dan gangsa bagi acara 200m gaya bebas lelaki menerusi Welson Sim dan Terence Ng yang terpaksa akur kepada Joe Kurniawan dari Indonesia untuk emas.

Dalam acara 200m kuak kupu-kupu lelaki pula, Low Zheng Yong sekadar meraih gangsa dengan catatan 2:02:60s manakala emas milik atlet Thailand, Wongcharoen Navaphat dan perak diraih, Joe Kurniawan.

Bagi acara 4x100m gaya bebas wanita, Thailand berjaya memecahkan rekod kejohanan dengan catatan 3:53:76s untuk meraih emas manakala perak milik Malaysia dan gangsa diraih Singapura.

Dalam pada itu, Malaysia turut meraih perak bagi acara 4×100 gaya bebas lelaki dengan catatan 3:28:16 manakala emas milik Indonesia (3:27:54) dan gangsa dimenangi Thailand (3:31:75s).

Setakat hari ini, kem terjun berjaya menghadiahkan dua emas, lima perak dan dua gangsa buat kontinjen negara di AUG 2022.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya