Wei Chong-Kai Wun tak gentar jumpa juara Olimpik

Wei Chong-Kai Wun tak gentar jumpa juara Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Man Wei Chong-Tee Kai Wun tidak menyangka mampu menumbangkan wakil tuan rumah, Su Ching Heng-Ye Hong Wei sebentar tadi, sekali gus muncul wakil tunggal Malaysia melangkah ke akhir Terbuka Taiwan.

Kemenangan 21-13, 22-20 dalam tempoh 36 minit itu bakal menemukan pasangan No. 36 dunia tersebut dengan juara Olimpik yang juga beregu No. 4 dunia, Lee Yang-Wang Chi Lin dalam final beregu lelaki esok.

Ini kali kedua Weu Chong-Kai Wun melangkah ke peringkat akhir tahun ini selepas berjaya melakukannya dalam Kejohanan Syed Modi, India pada Januari lalu dan muncul juara.

“Ia sesuatu yang mengkagumkan apabila saya dan pasangan (Kai Wun) berjaya bangkit di set kedua, dan semuanya menjadi lebih jelas buat kami menggunakan strategi yang betul apabila berjaya menewaskan lawan.

“Kami langsung tidak memikirkan untuk melangkah ke perlawanan akhir apabila mula hadir ke sini, kami hanya beri tumpuan kepada setiap perlawanan kami dan mempamerkan aksi yang sepatutnya seperti yang telah dirancang,” jelas Wei Chong kepada Utusan Malaysia.

Tugasan lebih berat apabila Wei Chong-Kai Wun bakal berentap dengan pasangan kegemaran tuan rumah, Lee Yang-Chi Lin yang turut memburu kejuaraan pertama mereka selepas memenangi emas Olimpik.

Lee Yang-Chi Lin mara selepas menundukkan satu lagi wakil negara, Boon Xin Yuan-Wong Tien Ci  21-10, 21-14.

“Kami tidak rugi apa-apa, kami hanya perlu turun dan lawan sahaja dengan mereka habis-habisan,” ulas Wei Chong ringkas mengenai pertemuan akhir esok.

Bagaimanapun hasrat untuk melihat dua lagi wakil negara meneruskan kemaraan tidak kesampaian apabila perseorangan lelaki, Soon Joo Ven dijinakkan jaguh tuan rumah, Chou Tien Chen, 12-21, 12-21.

Nasib sama menimpa beregu campuran, Hoo Pang Ron-Toh Ee Wei apabila perjalanan mereka disekat wakil Hong Kong, Reginald Lee dan Ng Tsz Yau, 17-21, 21-17, 12-21.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya