Tiada sentimen emosi - Sherman

Tiada sentimen emosi – Sherman

KPAH SHERMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Tiada sentimen emosi dibawa penyerang Terengganu FC (TFC), Kpah Sherman untuk bertemu bekas pasukannya, Kedah, dalam aksi pusingan kedua Piala FA, di sini, malam ini.

Pemain kelahiran Liberia itu sebaliknya kekal profesional dan mahu menggunakan pengalaman dua tahunnya bersama Kedah untuk ‘membocorkan’ rahsia skuad kendalian Aidil Shahrin Sahak.

“Walaupun saya pernah mengharungi dua tahun yang baik bersama mereka, tiada sebarang sentimen dalam bola sepak. Saya hanya akan berjuang untuk TFC dan beri 200 peratus komitmen.

KPAH Sherman ketika beraksi buat Kedah.

 

“Ada (rahsia) yang akan digunakan untuk bertemu Kedah, saya akan bercakap dengan jurulatih (Mohd. Nafuzi Zain) mungkin ada helah yang saya boleh bantu.

“Kemenangan dalam aksi liga Ahad lalu memberi tonik terbaik kepada TFC walaupun tahap kecergasan pemain kurang memuaskan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Selain itu Sherman turut yakin dengan kemampuan TFC untuk melangkah ke suku akhir dengan kelebihan tempat sendiri bertemu Kedah mahu dimanfaatkan sebaik mungkin.

Malah penyerang berusia 30 tahun itu mengakui kembali mendapat keyakinan setelah menamatkan kemarau jaringan ketika bertemu Sri Pahang dalam aksi Liga Super yang lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN