The Red Warriors mahu menang hari ini

The Red Warriors mahu menang hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pengendali Kelantan FC Rezal Zambery Yahya menegaskan pasukannya mahu terus melakar kemenangan berdepan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) pada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini petang ini.

Rezal Zambery berkata, meskipun berdepan tugas sukar The Red Warriors (TRW) perlu meraih mata penuh dalam usaha mengukuhkan kedudukan di persada liga.

Menurutnya, setiap kesempatan yang diperoleh perlu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pemain TRW dengan menterjemahkan peluang tersebut ke dalam bentuk jaringan.

“Walaupun gah di puncak liga ketika ini, namun TRW tidak boleh selesa dengan kedudukan tersebut kerana perbezaan jurang mata tidak begitu jauh.

“Jadi saya mahu pemain beraksi bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan multak menjadi milik TRW,” katanya.

Rezal Zambery turut mengakui ‘aura’ Stadium Sultan Muhammad IV akan menjadi lebih meraih dengan kehadiran ramai penyokong yang membantu pasukan untuk memberi aksi terbaik.

Katanya, dia enggan menjadi faktor cuaca sebagai alasan sebaliknya menegaskan bahawa prestasi pasukan adalah kunci utama kejayaan sesebuah pasukan.

“Prestasi pemain sebenarnya menentukan pasukan bermain dengan baik atau sebaliknya. Faktor cuaca, kedua-dua pasukan akan menghadapi perkara yang sama.

“Yang penting adalah bagaimana kita ambil peluang untuk menghasilkan gol dan menahan asakan lawan. Itu yang saya ambil berat dan akan menjadi titik tolak kepada keputusan perlawanan kelak,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN