Terima kasih TMJ - Aysar

Terima kasih TMJ – Aysar

SELAIN membantu Malaysia muncul juara, Ahmad Aysar Hadi Mohd. Shapri (kanan) turut dinobat  sebagai Pemain Terbaik Kejohanan AFF 2022 di Indonesia. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Kapten skuad bawah 19 tahun (B-19) negara, Ahmad Aysar Hadi Mohd. Shapri berterima kasih kepada Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana ‘melepaskannya’ untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan dan membantu Malaysia menjuarai Kejohanan AFF B-19 malam tadi. 

Tonggak Johor Darul Ta’zim II (JDT II) menjadi nadi Harimau Muda ketika menumpaskan Laos 2-0, malah dinobat sebagai Pemain Terbaik dalam perlawanan akhir di Stadium Patriot Candrabhaga, Indonesia

“Syukur Alhamdulillah kami berjaya cipta sejarah lagi menang Piala AFF.

“Pertama kali saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada TMJ (Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail) kerana telah melepaskan kami pemain dari JDT II untuk bermain bersama Malaysia. Susah untuk saya ungkapkan dengan kejayaan malam ini.

“Apa yang saya boleh katakan adalah kita telah membuat yang terbaik dari barisan kejurulatihan termasuklah pemain-pemain yang sangat berdisiplin dan mengikut perancangan yang telah diatur dan ia telah berhasil,” katanya.

Menurut Aysar, tidak pernah terlintas di fikirannya mampu dinobat sebagai pemain terbaik dan membantu Malaysia mendakap kejuaraan AFF B-19  buat kali kedua. 

“Saya tidak jangkakan untuk mendapat pemain terbaik, tetapi anugerah Tuhan… rezeki saya untuk menjadi pemain terbaik. Saya perlu memberi kredit kepada semua pemain, barisan kejurulatihan dan pengurusan.

“Semestinya kejayaan yang saya perolehi kali ini memberi semangat untuk membina nama di pentas bola sepak di Malaysia dan seluruh Asia,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya