Skuad muda negara bermula langkah kanan

Skuad muda negara bermula langkah kanan

PEMAIN negara meraikan jaringan ketika menentang kemboja.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad bawah 19 tahun negara menepati ramalan memulakan saingan Kejuaraan AFF B-19 Tahun dengan kemenangan selepas menewaskan Kemboja 2-1 pada aksi kumpulan B yang berlangsung di Stadion Madya, Senayan, Jakarta sebentar tadi.

Turun dengan reputasi selaku naib juara edisi 2019 di Vietnam, anak didik Hassan Sazali Waras itu tampil dengan meyakinkan dan berada dihadapan seawal minit ke-13 hasil jaringan Muhammad Najmudin Akmal yang berjaya menewaskan penjaga gol Kemboja, Reth Lyheng.

Skuad muda negara terus melebarkan kelebihan jaringan pada minit ke-30 kali ini menerusi percubaan voli Muhammad Haiqal Haqeemi Hairi yang gagal dinafikan Lyheng untuk gol kedua Malaysia.

Memasuki babak kedua, Malaysia terus menggandakan serangan bagi memburu gol ketiga namun tiang gol menjadi penghalang.

Keghairahan skuad negara memburu gol nyata dihukum Kemboja apabila pemainnya, Chanvibol Davit berjaya menewaskan penjaga gawang Malaysia, Syahmi Adib pada minit ke- 56 untuk merapatkan jurang.

Walaupun Kemboja cuba mencari gol penyamaan namun keputusan 2-1 itu kekal sehinggalah tamat masa perlawanan-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN