Semangat Azurin tak pernah luntur

Semangat Azurin tak pernah luntur

AZURIN Mazlan (kanan) akan berusaha memastikan gawangnya tidak dibocori Thailand malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bolos empat gol ketika berdepan Filipina, semangat dan keyakinan benteng terakhir Malayan Tigress, Azurin Mazlan tidak pernah luntur dan bersedia berdepan Thailand, malam ini.

Tegasnya, dia tidak pernah serik dan bersedia mempertahankan gawang Malaysia seandainya terus diberikan kepercayaan jurulatih.

“Pada aksi semalam semua pemain telah melakukan kerja masing-masing dan sekiranya diberi peluang beraksi saya tetap bersedia mengawal gawang dari dibocori,” katanya dalam sidang akhbar maya, semalam.

PEMAIN Filipina meraikan kejayaan membenam Malaysia dalam aksi Piala AFF Wanita semalam. – IHSAN MEDIA SOSIAL

Azurin dilihat beraksi cemerlang ketika berdepan Filipina bagi memastikan Malaysia tidak menjadi mangsa belasahan tewas dengan jaringan besar.

Mengulas prestasi semasa pasukan, Azurin mengakui kebanyakkan pemain ketika ini sudah kepenatan ekoran jadual perlawanan yang agak singkat.

“Tak cukup cergas, sukar lalui perkara ini ada beberapa pemain telah mengalami masalah selsema namun mereka tetap cuba beraksi memberikan yang terbaik buat pasukan,” tegasnya.

Malayan Tigress kini berdepan tugas getir dengan Thailand menanti mereka malam ini sebelum Australia selang dua hari kemudian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN