‘Raja’ Ronaldo bakal beraksi hari ini

‘Raja’ Ronaldo bakal beraksi hari ini

CRISTIANO Ronaldo mengesahkan akan turun beraksi menentang Rayo Vallecano dalam aksi persahabatan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Cristiano Ronaldo memberi bayangan dia bakal bermain dalam perlawanan pertama di bawah Erik ten Hag dalam aksi persahabatan menentang Rayo Vallecano, hari ini.

Sejak kebelakangan ini, masa depan Ronaldo di Old Trafford menimbulkan spekulasi selepas kapten Portugal itu mahu mening­galkan Manchester United kerana kegagalan kelab melayakkan diri ke Liga Juara-Juara.

Penyerang berusia 37 tahun itu tidak menyertai jelajah pramusim ke Thailand serta Australia dan tidak disenaraikan oleh United dalam aksi persahabatan dengan Atletico Madrid di Oslo semalam.

Sejak beberapa hari lalu, Ro­naldo menggunakan Instagram untuk menafikan khabar angin mengenai perpindahannya.

“Ahad ini, Raja akan bermain,” tulis bekas penyerang Real Madrid dan Juventus dalam laman sosial peminatnya.

Ronaldo masih memiliki baki kontrak setahun bersama United dan Ten Hag sebelum ini menyatakan dia mahu bekerja dengan pemenang Ballon d’Or lima kali itu yang muncul penjaring terbanyak mereka dengan 24 gol musim lalu.

Bagaimanapun, United, menduduki tempat keenam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan tercicir daripada saingan Liga Juara-Juara.

Sebaliknya, mereka hanya akan beraksi dalam kejohanan kelas kedua, Liga Europa musim ini.

Jika Ronaldo bermain hari ini, bermakna ia adalah aksi pertamanya bersama Red Devils sejak kekalahan 4-0 di Brighton pada 7 Mei lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya