Platform individu ada prospek pingat

Platform individu ada prospek pingat

KEJAYAAN meraih pingat gangsa dalam acara 10m platform individu pada Kejohanan Dunia di Budapest, Jun lalu meletakkan Pandelela Rinong sebagai prospek pingat di Komanwel 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peluang saingan 10 meter (m) platform individu wanita untuk menghadiahkan emas di Sukan Komanwel adalah secerah acara seirama yang menjadi sandaran utama Malaysia di Birmingham.

Datuk Pandelela Rinong menjadi sandaran utama dalam kedua-dua acara, namun potensinya memenangi saingan seirama bersama Nur Dhabitah Sabri tampak cukup baik.

Di Birmingham 2022, kontinjen Malaysia meletakkan sasaran enam emas dengan angkat berat, badminton, gimrama, boling padang serta powerlifting turut menjadi sandaran.

Pada Kejohanan Dunia di Budapest, Hungary, baru-baru ini, Pandelela berjaya memenangi gangsa individu dan seirama bersama Nur Dhabitah.

“Acara 10m platform wanita sama ada individu atau seirama berpeluang besar untuk menang pingat emas,” kata Pengurus Terjun Malaysia dalam Sukan Komanwel 2022, Datuk Leong Mun Yee.

SANDARAN utama emas Malaysia dalam acara terjun pastinya menerusi beregu Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri.

Malaysia turun di Birmingham selaku juara bertahan acara 10m platform seirama selepas Pandelela dan Cheong Jun Hoong menyumbang emas di Gold Coast, empat tahun lalu.

Kata Mun Yee, turun sebagai sandaran pingat emas pastinya memberi tekanan buat penerjun negara.

Begitupun, ia adalah perkara biasa dan kebanyakan atlet negara mempunyai pengalaman di peringkat tertinggi, termasuk Sukan Olimpik.

“Apa-apa pun kita akan cuba yang terbaik. Setakat ini, persiapan pasukan bagi menghadapi Sukan Komanwel berjalan lancar dan semua atlet berada dalam sema­ngat tinggi serta sudah bersedia,” katanya.

Pada penyertaan terakhir di Gold Coast 2018, gandingan Mun Yee bersama Nur Dhabitah dalam acara 10m platform seirama ­wanita menghadiahkan gangsa buat negara.

Mun Yee berharap semua 11 penerjun negara kekal dalam keadaan terbaik dan tidak berdepan sebarang isu.

“Pada kejohanan dunia baru-baru ini, ada beberapa penerjun menghadapi masalah kesihatan sebaik saja tiba di Budapest.

“Kali ini kita berharap semua berada dalam okey,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN