Piala AFF B-19: Singapura ikat Malaysia di Jakarta

Piala AFF B-19: Singapura ikat Malaysia di Jakarta

AKSI pemain Malaysia ketika menentang Singapura pada perlawanan Piala AFF B-19 di Jakarta hari ini. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia gagal meraih kemenangan kedua dalam Piala AFF Bawah 19 tahun (B-19) apabila1 diikat 0-0 oleh Singapura di Jakarta, hari ini.

Selepas menumpaskan Kemboja 2-1 dalam perlawanan pembukaan, Selasa lalu anak-anak buah Hassan Sazali Warras memburu kemenangan di Gelora Bung Karno bagi mengungguli Kumpulan B.

Biarpun menguasai sebahagian besar perlawanan, namun kegagalan menembusi gawang lawan menyebabkan skuad Malaysia B-19 terlepas tiga mata yang dicari.

Buat sementara, Malaysia masih mengetuai saingan dengan mengumpul empat mata, namun kedudukan itu mampu berubah jika Laos mengalahkan Kemboja malam in.

Corak bertahan yang diterapkan Singapura nyata menyukarkan skuad muda negara untuk mencari gol, biarpun memperoleh beberapa peluang terbaik terutama menerusi Haqimi Azim Rosli dalam situasi satu lawan satu pada minit ke-29.

Di hujung permainan, Malaysia beroleh peluang untuk mendapatkan gol kemenangan, namun tandukan Ahmad Aysar Hadi Shapri tidak menepati sasaran.

Malaysia akan menentang Timor Leste dalam perlawanan ketiga, Sabtu ini, manakala Singapura menentang Laos. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN