Penyu bergaya tumpaskan Kuching City

Penyu bergaya tumpaskan Kuching City

PEMAIN Terengganu FC, Mohd. Faiz Mohd. Nasir (kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika menentang Kuching City dalam aksi suku akhir Piala FA. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) menepati sasaran mara ke separuh akhir Piala FA selepas membenam Kuching City 4-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, di sini, sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan skuad Penyu menempah pertemuan dengan Selangor FC yang terlebih dulu mara dengan menumpaskan Sabah 2-0.

Beraksi di depan lebih 20,000 penonton, Terengganu membuka jaringan pada minit ke-23 hasil tandukan Mohd. Faiz Nasir yang menerima umpanan Azam Azmi Murad dari sebelah kanan.

Tuan rumah bagaimanapun tersentak apabila pemain Kuching City, Amir Amri Salleh menyamakan kedudukan 1-1 berpunca kesilapan pertahanan, Argzim Redzovic pada minit ke-43.

PENYERANG Terengganu FC, Kpah Sherman (tengah) dikawal ketat pemain Kuching City dalam aksi suku akhir Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam ini. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI

Memasuki babak kedua, Amir Amri sekali lagi mencemaskan Terengganu, namun voli menarik dari luar kotak penalti diselamatkan penjaga gol, Rahadiazli Rahalim.

Kapten Penyu, Kipre Tchetche menamatkan kemarau jaringannya pada minit ke-73 melalui tandukan kemas hasil hantaran Petrus Shitembi.

Penyokong tuan rumah terus ceria apabila Tchetche yang menerima umpanan Nik Sharrif Haseefy Mohd. Lazim bijak menggelecek penjaga gol dan menolak masuk bola untuk gol ketiga pada minit ke-79.

Tonggak Harimau Malaya, Faisal Abdul Halim (m-87) melengkapkan kemenangan bergaya 4-1 menerusi sepakan leret dari luar kotak penalti sekaligus membawa TFC ke separuh akhir. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.