Pemain Terbaik dapat hadiah pelik

Pemain Terbaik dapat hadiah pelik

Pemain Aberdeen, Stephen Glass memenangi sebuah basikal kerana menjadi pemain terbaik perlawanan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Anugerah Pemain Terbaik diwujudkan bagi mengiktiraf mereka yang menampilkan aksi terpuji dalam sesuatu perlawanan.

Secara tradisinya, ia dipilih oleh pengulas sukan, dan pemain akan menerima trofi atau plag menarik bagi menghargai pencapaian mereka.

Begitupun, tidak semua perlawanan menawarkan trofi atau plag cantik. Di seluruh dunia, pelbagai hadiah pelik diberikan kepada pemenang atas tujuan promosi buat penaja.

1. AYAM HIDUP


Pada 2019, penyerang pasukan Nyasa Big Bullets, Hassan Kajoke diberikan ayam hidup selepas menampilkan aksi terbaik ketika berdepan Karonga United dalam Liga Super Malawi.

Hassan berjaya meledak dua gol dalam perlawanan itu untuk membantu pasukannya menang 5-0, namun dia tidak dapat menyembunyikan perasaan terkejut apabila seorang penyokong memberikannya sebuah kotak yang tertulis ‘Kajoke BB’ dan di dalamnya terdapat seekor ayam yang telah diwarnakan dengan belang merah, menyerupai jersi pasukan Big Bullets.

2. KENTANG

Daniel Staunton dari pasukan Wicklow telah dihadiahkan sekantung kentang selepas tamat perlawanan. Gambarnya menerima hadiah tersebut tular di media sosial sehingga menimbulkan polemik dalam kalangan peminat tempatan mengenai ganjaran diberikan pemain ini setimpal atau hanyalah gurauan semata-mata.

3. BASIKAL

Pemain Aberdeen, Stephen Glass memenangi sebuah basikal kerana menjadi pemain terbaik perlawanan ketika pertembungan dengan Dundee untuk merebut Piala Liga Scotland 1995.

4. DATA INTERNET


Hlompho Kekana yang beraksi untuk pasukan Mamelodi Sundowns dalam Liga Afrika Selatan diberikan data internet 5 GB atas persembahannya yang memukau di atas padang, serta tambahan data antarabangsa percuma.

5. IKAN


Semasa bintang tengah Arsenal, Martin Odegaard beraksi bersama Real Sociedad di Sepanyol, dia muncul pemain terbaik bulanan kelab tersebut, dan dihadiahkan dengan seekor ikan besar.

6. PERMAINAN KONSUL

Pada 2020, Said Benrahma yang beraksi buat Brentford menerima permainan konsul, Crash Bandicoot sebagai penghargaan menjadi pemain terbaik perlawanan ketika menentang jiran, Fulham dalam Piala Liga.

7. TOPI BURGER KING


Penjaga gol River Plate, Franco Armani yang memastikan pasukannya tidak bolos dalam satu perlawanan pada 2018 dan diberikan topi seperti mahkota Burger King.

8. KAD KREDIT

Pemain tengah Kaiser Chiefs, Geroge Maluleka telah diberikan replika kad kredit oleh bank ABSA pada 2014.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya