Neymar akan kekal di PSG

Neymar akan kekal di PSG

NEYMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Pengendali baharu Paris Saint-Germain (PSG), Christophe Galtier menegaskan, dia mahu penyerang sensasi Brazil, Neymar terus bersama pasukan musim depan.

Ketika ini, masa depan Neymar di kelab berkenaan menjadi tanda tanya sepanjang musim panas ini tetapi Galtier berkata dia mahu Neymar kekal di Parc des Princes.

“Neymar adalah pemain kelas dunia, jurulatih mana yang tidak mahu dia berada dalam pasukan mereka?

“Sudah tentu anda perlu mempunyai keseimbangan, tetapi saya tahu apa yang saya mahukan daripadanya dan saya pasti dia mahu kekal bersama kami,” kata Galtier selepas diumumkan sebagai pengendali baharu PSG.

Skuad gergasi Perancis itu mempunyai ramai penyerang berkualiti dan Galtier juga gembira dia berpeluang bekerjasama dengan Kylian Mbappe.

“Sebagai pengendali dari Perancis, saya gembira dia kekal di PSG. Ia bagus untuk bola sepak kami dan juga kelab.

“Dia salah seorang yang terbaik di dunia, tetapi kita tidak boleh membebankannya. Ramai lagi pemain lain dan jika kami bermain sebagai satu pasukan, kami akan mengharungi musim yang hebat,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya