Messi, Ramos 'tegang' dalam sesi latihan?

Messi, Ramos ‘tegang’ dalam sesi latihan?

SITUASI sedikit 'panas' dalam sesi latihan PSG kelmarin. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Penyokong Paris Saint-Germain (PSG) tidak selesa melihat Lionel Messi dan Sergio Ramos berlatih serta bermain bersama di kelab Perancis itu, kerana kedua-dua pemain tampak terbawa-bawa dengan permusuhan lama ketika beraksi di Sepanyol.

Messi dan Ramos adalah musuh ketat selama bertahun-tahun ketika masing-masing bermain untuk Barcelona dan Real Madrid.

Messi mempunyai lebih banyak parut di badan sepanjang pertempuran El Clasico antara Barca dan Real kerana Ramos dikenali sebagai pemain yang tidak pernah takut untuk menggagalkan serangan legenda Argentina itu.

Dalam siri perlawanan El Clasico, Messi sebenarnya lebih banyak memalukan Ramos menerusi kebolehannya yang luar biasa meskipun menerima asakan keras daripada  tonggak pertahanan Sepanyol itu.

Sesi latihan terbuka PSG kelmarin bagaikan mengimbas kembali perlawanan El Clasico apabila Messi hampir terjatuh dihadang oleh Ramos ketika cuba melakukan serangan ke pintu gol.

Selepas menjaringkan gol, Messi dilihat berjalan ke belakang bercakap sesuatu kepada Ramos, yang kemudian cuba menenangkannya dengan memegang belakang kepala bintang Argentina itu.

LIONEL Messi (kiri) dan Sergio Ramos saling bermusuhan ketika beraksi di Sepanyol.

Ekoran kejadian itu, peminat kedua-dua pemain berspekulasi di laman Twitter dengan mengandaikan Ramos mungkin bermaksud menyebabkan rakan sepasukannya itu terjatuh.

“Tabiat lama (musuh semasa El Clasico) memang sukar dibuang,” tulis @the_ahmed_hayat.

“Nampaknya kekalahan El Clasico yang dahulu bukanlah sekadar ‘perlawanan persahabatan’ buat Ramos,” tulis @shivi3008. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya