Mampukah Haaland, Nunez penuhi reputasi gah?

Mampukah Haaland, Nunez penuhi reputasi gah?

KEMUNCULAN Erling Haaland (kiri) dan Darwin Nunez menjadi tumpuan peminat bola sepak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pertembungan dua kuasa besar Liga Perdana Ing­geris (EPL) Manchester City dan Liverpool dalam Piala Perisai Komuniti esok pastinya menjanjikan saingan sengit.

Walaupun pada dasarkan perlawanan itu tidak memberi mata dan lebih kepada aksi pemanas badan sebelum EPL bermula seminggu kemudian, namun baik skuad The Citizens mahupun Reds mahu memastikan maruah terjaga.

Pertembungan itu juga akan memperlihatkan mampukah kedua penyerang baharu yang dibawa masuk pada musim ini memberi impak mahupun sekadar gah pada nama.

Kedua-dua kelab bergerak pantas untuk menambah lebih banyak pilihan memperkuatkan skuad pada musim ini.

City menandatangani bintang penyerang antarabangsa ­Norway, Erling Haaland dari Borussia Dortmund dan ­Liverpool mengambil pe­nyerang antarabangsa Uruguay, Darwin Nunez dari Benfica.

Pemain yang ditandatangani ini mungkin mewakili perubahan gaya untuk kedua-dua pasukan dan menjadikan pertarungan ini lebih menarik – dan ia menjanjikan permulaan yang menakjubkan untuk musim ini.

TIGA ASPEK TUMPUAN

Tiga perkara pasti menjadi bualan pemerhatian bola sepak khususnya daripada segi taktikal menjelang pertembungan epik esok.

Bagaimanakah Haaland akan menyesuaikan diri dengan permainan The Citizens kerana gaya penyerang muda ini sedikit berbeza dengan corak yang ditampilkan City di bawah jurulatih mereka Pep Guardiola.

Guardiola terkenal kerana lebih suka gaya permainan yang lancar dalam fasa menyerang tanpa penyerang tetap yang sebenar.

Musim lalu pemain seperti Phil Foden, Bernardo Silva dan Raheem Sterling menghabiskan masa di kedudukan ‘9’.

Dalam perlawanan ini adalah menarik untuk melihat bagaimana Haaland digunakan dan mampukah ia mempengaruhi pertahanan Liverpool.

Pemain seperti Haaland adalah prospek yang sukar untuk dipertahankan memandangkan saiz dan kapasiti fizikalnya yang besar.

Dengan Haaland mengancam untuk berlari di belakang barisan pertahanan kita akan melihat lebih banyak ruang dicipta untuk pemain seperti De Bruyne, Foden dan Bernardo Silva untuk menyerang.

NUNEZ ATAU DIAZ GANTI MANE?

Bagi Reds pula, menentang City akan memberi gambaran tentang bagaimana Liverpool merancang untuk menggantikan Sadio Mane dengan pemain Colombia, Luis Diaz yang berkemungkinan dilantik sebagai pengganti tetap­nya.

Diaz merupakan penyerang dinamik yang memberikan ancaman sebenar dari segi pergerakan agresifnya.

Ini bermakna sesiapa sahaja yang mengisi pertahanan City, sama ada Kyle Walker atau Joao Cancelo, perlu lebih menahan untuk terlalu agresif menyokong serangan.

Peranan sebenar Nunez belum dapat dipastikan kerana Klopp yang terkenal dengan formasi 4-3-3 pastinya akan menguji Mohamed Salah-Diaz atau Roberto Firmino ddi Stadium King Power esok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya