Liverpool mudah tewaskan Crystal Palace

Liverpool mudah tewaskan Crystal Palace

JORDAN Henderson menjulang trofi selepas Liverpool berjaya menewaskan Crystal Palace, 2-0 pada aksi di Stadium Nasional, Singapura, sebentar tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Liverpool kembali memberikan keyakinan buat penyokong dalam mengharungi Liga Perdana Inggeris musim depan selepas menewaskan Crystal Palace 2-0 di Stadium Nasional, Singapura, sebentar tadi.

Satu gol pada setiap babak dijaringkan ketua pasukan, Jordan Henderson pada minit ke-12 dan bintang penyerang Mohamed Salah di minit ke-46 sudah cukup buat pasukan pimpinan Jurgen Klopp meraih kemenangan.

Dalam aksi tersebut, Klopp tetap memberi peluang kepada pemain muda  diturunkan dalam kesebelasan utama sebagaimana dilakukan ketika kalah 0-4 kepada Manchester United di Bangkok, Selasa lalu.

Reds tidak menungggu lama untuk mendahului Crystal Palace apabila pemain England, Henderson mengegar gawang lawan pada minit ke-12.

Gol tersebut terus menaikkan semangat barisan pemain muda Liverpool yang dilihat lebih banyak mendominasi perlawanan.

Stadium Nasional gamat sebaik sahaja separuh masa kedua bersambung apabila Salah dan bintang baharu dari Benfica, Darwin Nunez serta beberapa tonggak diturunkan beraksi.

Salah yang merupakan pemenang Kasut Emas bersama penyerang Spurs, Son Heung Min musim lalu tidak menunggu lama untuk mengegarkan gawang gol Crystal Palace sebaik sahaja babak kedua bersambung.

Gol terhasil pada minit ke-46 menerusi sepakan lencong Salah yang berjaya mengegarkan gawang lawan.

Walaupun Liverpool memperolehi beberapa peluang termasuklah menerusi Nunez, namun tiada jaringan gol tambahan terhasil dan keputusan 2-0 itu kekal sehinggalah tamat masa perlawanan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya