Kancil berdepan cabaran getir Sang Badak

Kancil berdepan cabaran getir Sang Badak

MELAKA United turun berdepan Sabah di Likas esok dengan misi membawa pulang tiga mata dalam aksi Liga Super. - IHSAN MELAKA UNITED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Disingkirkan 2-1 oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Piala FA minggu lalu sebelum bangkit membenam Penang FC 4-1 dalam saingan Liga Super, Selasa lepas, Melaka United mahu rentak kebangkitan diteruskan apabila menentang Sabah esok.

Mengakui bakal berdepan cabaran sengit dan sokongan padu penyokong di Stadium Likas Kota Kinabalu, pemangku Ketua Jurulatih Melaka United, Mohd. Asri Ninggal percaya, kemenangan 4-1 ke atas Penang FC menaikkan moral pemainnya.

“Perlawanan yang bukan mudah kerana Sabah terlalu kebal di Stadium Likas dan ia cabaran besar,” kata Asri.

Beliau mahu pemain tempatan perlu belajar daripada import ketika mereka berlatih dan juga masa perlawanan sebenar.

“Cara mereka (import) berlatih dan pemikiran semasa latihan serta aksi sebenar, pemain tempatan perlu belajar dari mereka.

“Secara tidak langsung ia aura positif kepada pemain-pemain tempatan,” tegasnya.

Melaka kini berada di tangga ketujuh Liga Super dengan mengutip 16 mata hasil empat kemenangan, empat seri dan empat kekalahan.

Seandainya tiga mata mampu dibawa pulang dari Likas, Sang Kancil berpeluang melonjak ke kedudukan keempat untuk mengatasi Kuala Lumpur City (KL City) yang sudah pun beraksi 13 perlawanan dan mengumpul 18 mata.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya