Jangan ‘kecut perut’ menentang Filipina

Jangan ‘kecut perut’ menentang Filipina

AKSI Malaysia menentang Indonesia di Stadium Bola Sepak Binan, Filipina kelmarin berakhir dengan seri 1-1.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas mengharungi dua aksi pertama Piala AFF Wanita dengan keputusan seri, Malaysia bakal berdepan cabaran lebih getir hari ini apabila menentang Filipina yang masih segar dengan kejayaan layak ke Piala Dunia buat kali pertama, April lalu.

Anak-anak buah Jacob Joseph tiba Filipina dengan sasaran memenangi dua perlawanan awal menentang Singapura dan Indonesia yang dilihat sebagai peluang terbaik buat pasukannya mengutip mata berbanding pesaing yang lain.

Begitupun kelmarin, Malayan Tigress diikat 1-1 oleh Indonesia, dua hari selepas seri 0-0 berdepan Singapura.

Dua mata yang dikutip meletakkan Malaysia di tangga ketiga Kumpulan A, namun memastikan gawang tidak dibolosi dengan jaringan besar juga menjadi cabaran hebat buat pemain wanita negara hari ini.

Filipina jelas antara pilihan utama untuk menakluk perlawanan di laman sendiri, apatah lagi mereka memulakan kempen dengan cemerlang apabila menumpaskan skuad Australia Bawah 23 (B-23) 1-0 dan ‘meratah’ Singapura 7-0.

“Kita tahu Filipina pasukan yang kuat tetapi kita akan cuba sehabis baik untuk memberi tentangan kepada mereka.

“Saya harap pemain lebih tajam menyudahkan peluang-peluang terhidang selepas gagal melakukannya ketika berdepan Indonesia tempoh hari,” kata Jacob.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya